awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Kuantan diarah tarik balik kenyataan tentang LGBT jika tidak pasti

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/03/2023
11:34 MYT
Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Kuantan diarah tarik balik kenyataan tentang LGBT jika tidak pasti
Johari Abdul mengarahkan Wan Razali Wan Nor yang menyifatkan perhimpunan Hari Wanita di ibu negara baru-baru ini sebagai himpunan LGBT menarik balik kenyataan itu. Foto Parlimen
KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen kecoh seketika gara-gara kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang menyifatkan perhimpunan Hari Wanita di ibu negara baru-baru ini sebagai himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kenyataan itu mengundang kecaman ahli-ahli Parlimen sehingga Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendesak beliau menarik balik kenyataan itu jika tidak pasti.
Speaker: Kuantan, are you sure? Adakah anda pasti perhimpunan itu LGBT? Are you sure? Yang lain diam dulu, saya nak dapatkan komen itu sahaja. Are you sure? Saya nak tanya, kalau sure, kata sure, kalau tak sure, kata tak.
Adakah perhimpunan itu LGBT atau (Hari Wanita) women? Jawab itu sahaja, yang lain diam. Jawab Kuantan. Yang berarak itu LBGT dan dianjurkan oleh LGBT?
Wan Razali: Dia bersama Pengerusi.
Speaker: Saya tanya adakah perarakan itu LGBT atau tidak? Ya atau tidak? Sebab kalau ya, saya akan check, kalau bukan you akan dikenakan tindakan. Kalau saya check itu bukan LGBT, saya akan ambil tindakan ke atas anda, jadi soalan saya ya atau tidak atau tidak sure?
Wan Razali: Saya tak pasti.
Speaker: Tidak pasti, tarik balik (kenyataan), tarik balik. Kuantan tidak pasti, tarik balik.
Wan Razali: Baik Tuan Pengerusi, saya tarik balik.
Speaker: Okay terima kasih, teruskan ucapan lain.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#LGBT
#Parlimen
#tarik kenyataan
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan