awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari

Faida Rahim
Faida Rahim
05/12/2024
05:45 MYT
Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari
Awang tidak menarik balik atau melakukan permohonan maaf susulan dakwaan dibuatkan terhadap Johari. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari bermula hari ini kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker, Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok 18 Julai lalu.
Keputusan itu diambil susulan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Pas itu tidak menarik balik atau melakukan permohonan maaf susulan tindakan terbabit.
Johari berkata, beliau sudah mengemukakan surat kepada Awang pada 22 Julai lalu supaya menarik balik ucapan berkenaan dan membuat permohonan maaf, tetapi sehingga hari ini belum ada tindakan.
"Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai Speaker, maka saya perintahkan YB keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2)," katanya.
Dalam masa sama, keputusan tersebut menimbulkan kekecohan di blok pembangkang yang membantah, dengan Ronald Kiandee (PN-Beluran) bangun membangkitkan peraturan itu tidak boleh digunakan bagi kesalahan di luar dewan.
Bagaimanapun, Johari menjawab hujah Kiandee dengan merujuk keputusan dibuat Kiandee ketika menjadi Timbalan Speaker menggantung seorang Ahli Parlimen pembangkang pada 2013 dan 2014 kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat sewaktu sidang media.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Speaker
#ahli parlimen pendang
#keluar dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan