awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat kecoh, Azmin 'panas punggung' diperli krisis air Selangor

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/03/2018
04:31 MYT
Dewan Rakyat kecoh, Azmin 'panas punggung' diperli krisis air Selangor
Tindakan Azmin Ali yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan hutang negara akhirnya menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan hutang negara akhirnya menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan jawapan dengan mengaitkan krisis air di Selangor membuatkan Ahli Parlimen Gombak itu berdiri dan menyatakan rasa tidak kepuasan hati beliau.
Malah, beberapa ahli parlimen Barisan Nasional bangun menyelar Mohamed Azmin kerana mengaitkan soalan hutang negara dengan 1MDB serta mengecam Azmin kerana gagal menyelesaikan isu air di Selangor.
“Saya buat perbandingan, ada contoh. Tetapi kenapa Gombak 'panas punggung' (apabila) sentuh pasal air? Hairan, hairan,” jawab Najib.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, isu air di Selangor akan dapat diselesaikan dengan baik jika kerajaan Persekutuan menguruskannya.
BACA: Hutang negara diurus baik, komitmen bayaran tak boleh dipersoal - PM
Beliau memberi indikasi dengan menggambarkan bahawa isu hutang negara yang sehingga hari ini kerajaan mempunyai kemampuan untuk membayar balik dengan baik.
Jelas Najib ia sendiri dinyatakan oleh badan penarafan antarabangsa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang meletakkan Malaysia dalam kategori A mengenai aspek kemampuan untuk membayar balik hutang.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Azmin Ali
#Dewan Rakyat
#kekecohan
#krisis air
#krisis air Selangor
#Menteri Besar Selangor
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan