awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerajaan kembali laksanakan konsolidasi fiskal

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2020
04:49 MYT
Dewan Rakyat: Kerajaan kembali laksanakan konsolidasi fiskal
Mohd Shahar Abdullah berkata, hutang dan liabiliti kerajaan secara keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada KDNK pada akhir September lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal setelah ekonomi pulih dalam usaha memastikan paras pendedahan hutang dan liabiliti kewangan kerajaan Persekutuan kekal terkawal dan terurus.
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata dalam situasi krisis pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, kerajaan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutama bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan menyokong aktiviti perniagaan.
Langkah konsolidasi fiskal itu katanya, termasuk meluaskan asas hasil, mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai serta peningkatan kecekapan perbelanjaan bagi mengawal paras defisit fiskal kerajaan.
“Oleh yang demikian, keperluan pinjaman kerajaan akan dapat dikurangkan dan seterusnya ini akan dapat mengawal pendedahan hutang dan liabiliti kewangan kerajaan Persekutuan,” katanya di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mengenai kedudukan hutang semasa negara dan nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam pada itu, Mohd Shahar turut menjelaskan, hutang dan liabiliti kerajaan secara keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada KDNK pada akhir September lalu.
"Hutang kerajaan Persekutuan pada akhir September lalu mencatatkan RM874.3 bilion atau 60.7 peratus kepada KDNK.
“Namun, berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang kerajaan Persekutuan yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) baru mencatatkan 56.6 peratus daripada KDNK iaitu kurang daripada had 60 peratus yang baharu ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembiayaan semula hutang kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara teratur mengikut jadual.
Topic Berkaitan
#Mohd Shahar
#Kementerian Kewangan
#ekonomi negara
#fiskal
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Mohd Shahar Abdullah
#Timbalan Menteri Kewangan II
#Malaysia
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan