awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Lebih 6,000 guru bersara pilihan tahun lepas

Bernama
Bernama
29/02/2024
07:06 MYT
Dewan Rakyat: Lebih 6,000 guru bersara pilihan tahun lepas
Kah Woh (foto) berkata berdasarkan rekod, jumlah itu menunjukkan peningkatan sedikit berbanding tahun sebelumnya, iaitu 5,306 atau 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,394 pegawai perkhidmatan pendidikan atau 1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru telah diluluskan untuk bersara pilihan sepanjang tahun lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata berdasarkan rekod, jumlah itu menunjukkan peningkatan sedikit berbanding tahun sebelumnya, iaitu 5,306 atau 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru.
"KPM telah melaksanakan Kajian Tinjauan Faktor-Faktor Persaraan Awal Guru dan Kaitannya dengan Pembangunan Profesionalisme Keguruan pada 2022.
"Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor guru memilih persaraan awal bersara pilihan ialah kedudukan kewangan stabil, faedah persaraan, masalah kesihatan dan perubahan pelaksanaan dasar dan pendigitalan pendidikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) sama ada terdapat peningkatan jumlah guru yang bersara awal dan faktor menyebabkan peningkatan jumlah itu serta penyelesaian holistik kerajaan dalam menangani isu terbabit.
Wong berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan 10 perkara bagi menjaga kebajikan guru antaranya memperkasakan pengurusan pengambilan guru agar kekosongan di sekolah dapat dipenuhi dengan segera dan langkah ini memberikan semangat baharu kepada guru-guru.
"KPM juga prihatin terhadap tahap kesejahteraan psikologi guru dengan menyediakan kemahiran pengurusan emosi, kawalan diri dan amalan harian yang positif berdasarkan tahap kesejahteraan psikologi yang dinilai melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi). Selain itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan advokasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pendidikan
#guru bersara pilihan
#pengisian guru
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan