awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus pindaan RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2020

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
09:33 MYT
Dewan Rakyat lulus pindaan RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2020
Jelas Saravanan, RUU tersebut merupakan suatu usaha kerajaan yang penting dan signifikan bagi menambah baik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kelulusan itu membolehkan kerajaan meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) mengandungi 55 fasal merangkumi penambahan 27 seksyen baharu, pemotongan dua seksyen dan pindaan terhadap 35 seksyen sedia ada.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meluluskan usul tersebut menerusi undi suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas bacaan kali ketiga.
RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.
Jelas beliau, RUU tersebut merupakan suatu usaha kerajaan yang penting dan signifikan bagi menambah baik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja.
Ia juga katanya bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang yang sedang bekerja.
"RUU ini juga menunjukkan usaha dan komitmen Kerajaan dalam memastikan undang-undang buruh di negara ini, termasuklah perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, adalah selaras dengan kehendak di bawah instrumen sejagat, secara khususnya Konvensyen Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1981 (C155)," katanya ketika membentangkan di Dewan Rakyat.
Antara yang dipinda ialah kadar denda dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan kegagalan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.
Seksyen 23 pula menaikkan denda daripada RM20,000 kepada RM200,000 bagi pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja.
Jelas Saravanan, pihak kementerian telah mengadakan pelbagai sesi libat urus sejak 2011 bersama agensi kerajaan, pemegang taruh, pihak industri serta pihak berkepentingan yang lain.
Cadangan pindaan tersebut juga turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-Undang Perburuhan di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan juga Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak kesatuan majikan dan pekerja, tambahnya.
Dalam masa yang sama, Dewan Rakyat turut meluluskan Pemansuhan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Pindaan Akta 514
#Saravanan
#Keselamatan Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan