awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke GT World Challenge Asia di Jepun

Bernama
Bernama
12/07/2025
22:30 MYT
Raja Permaisuri Agong berangkat ke GT World Challenge Asia di Jepun
Raja Zarith Sofiah (tengah) bersama anakanda baginda, Tunku Abdul Rahman (kanan) dan Tunku Abu Bakar. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Litar Fuji Speedway di Jepun bagi menyaksikan perlumbaan siri GT World Challenge Asia, pada Sabtu.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Raja Zarith Sofiah bagi memberi sokongan kepada anakanda Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Dalam perlumbaan pertama pusingan Fuji, Tunku Abu Bakar bersama rakan sepasukan, Jordan Love (jentera #66) mencatat podium pertama musim ini dengan meraih tempat ketiga.
Sementara Tunku Abdul Rahman (jentera #99) terus mempamerkan pemanduan konsisten bersama rakan sepasukan Ben Green dan meraih tempat kelapan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengikuti perlumbaan dari ibu negara menzahirkan kesyukuran atas kemenangan anakanda bongsu baginda itu.
"Saya bersyukur Tunku Putera berjaya mendapat keputusan yang baik kali ini dan berharap dia dan abangnya (Tunku Panglima) akan terus memberikan saingan sengit pada perlumbaan kedua esok (Ahad)," menurut hantaran itu.
Turut berangkat ke perlumbaan hari ini Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain serta Tunku Tun Aminah bersama suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Kedua-dua jentera Corvette Z06 GT3.R pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) itu bakal memulakan perlumbaan kedua esok (Ahad) di barisan hadapan selepas menyambar petak pertama bagi jentera #99 dan kedua (jentera #66) pada pusingan kelayakan pagi semalam.
Perlumbaan itu boleh ditonton secara langsung di YouTube GT World https://www.youtube.com/live/QFLMYSiYk9U?si=FItEA0H3Qa894qDc bermula 10.15 pagi waktu Malaysia.
--BERNAMA
TAG: Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong, Tunku Abu Bakar, Tunku Abdul Rahman, GT World Challenge Asia
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#GT World Challenge Asia
#Litar Fuji Speedway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan