KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan bagi kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang mempengerusikan persidangan berkata RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata objektif utama RUU berkenaan untuk mewujudkan peruntukan lebih baik berhubung keterangan saksi kanak-kanak.
"Garis panduan PBB mengenai keadilan dalam perkara melibatkan mangsa dan saksi jenayah kanak-kanak turut menyatakan dengan jelas setiap kanak-kanak harus dianggap sebagai saksi berkebolehan dan keterangan mereka tidak boleh dianggap tidak sah atau tidak dipercayai oleh kerana usia kanak-kanak itu semata-mata," katanya.
Justeru, beliau berkata pindaan berbangkit perlu dibuat kepada Akta Keterangan 1950, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Angkatan Tentera 1972 untuk meniadakan peruntukan mengenai keterangan yang diberikan saksi kanak-kanak.
"Sememangnya cadangan pindaan ini menggambarkan iltizam politik kerajaan MADANI ke arah terus mereformasikan undang-undang negara kita selaras dengan arus perkembangan semasa dan standard antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 turut diluluskan persidangan.
RUU itu antaranya bertujuan memberi pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada sarjan, kuasa menyita atau melarang urusan dalam apa-apa wang dipegang atau disyaki dipegang dalam mana-mana instrument pembayaran atau akaun di institusi kewangan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024
Azalina ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata objektif utama RUU berkenaan untuk mewujudkan peruntukan lebih baik berhubung keterangan saksi kanak-kanak. - Bernama
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Dewan Rakyat lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.