awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022

Bernama
Bernama
22/03/2022
11:19 MYT
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2022
Kementerian Kewangan terima RM7.81 bilion dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM539.6 juta) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (RM67.7 juta). - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 sebanyak RM8,413.5 juta.
RUU yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2.235 bilion dan RM64.26 juta yang merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2021.
Sebanyak RM6.18 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada 2021.
Terdahulu, Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Kementerian berkenaan termasuklah Kementerian Kewangan sebanyak RM7.81 bilion dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (RM539.6 juta) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (RM67.7 juta).
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Dewan Rakyat
#perbekalan tambahan
#bajet 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan