KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasa kawalan keselamatan sempadan negara dengan melibatkan perolehan aset dan fasiliti moden dan terkini.
Ia melibatkan aset dan fasiliti seperti dron, Armoured Personnel Carrier (APC), Night Vision Goggles (NVG) dan GPS Tracker, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Katanya, pihaknya turut berpandangan, aspek kesiapsiagaan dan keupayaan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan harus diperkasakan.
Ia dapat direalisasikan menerusi latihan dan kerjasama strategik bersama agensi dalam dan luar negara, tambahnya.
"Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan.
"Sehubungan itu, satu pelan strategik secara holistik sedang dirangka bagi memperkasakan kawalan keselamatan sempadan negara dengan menggunakan aset dan fasiliti moden seperti dron," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Abdul Latiff bertanya perincian mengenai serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Selasa dan langkah terkini kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya.
BACA: PGA tukar srategi, sistem rondaan sempadan negara - Bukit Aman
BACA: Serangan penyeludup di sempadan: PDRM atur gerak aset, anggota ke sempadan - KPN
Dalam kejadian itu, Sarjan Baharuddin Ramli maut manakala Sarjan Norihan Tari cedera parah ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar.
Sementara itu, petang semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam.
Astro Awani
Thu Nov 26 2020

Hamzah berkata, pihaknya turut berpandangan aspek kesiapsiagaan dan keupayaan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan haerus diperkasakan. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1106251811610809862505/1885851_8967789641610809990934_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (16 Jan 2021)

COVID-19 | Naib Presiden Pas, Idris Ahmad positif COVID-19
Ahli Dewan Negara itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.

PMO nafi RM35.43 juta untuk bina satu dewan di Pagoh
Pejabat Perdana Menteri PMO menafikan dakwaan bahawa peruntukan RM35.43 juta adalah semata-mata untuk pembinaan satu dewan di Parlimen Pagoh, seperti mana yang tular pada Sabtu. Dalam satu kenyataan PMO menjelaskan peruntukan pembangunan tersebut melibatkan pembinaan tiga dewan orang ramai.

Lagi bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang
Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.

Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.

AWANI Ringkas: Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.

Tanah mendap seluas 50,000 meter persegi di Shah Alam, 67 orang dipindahkan
Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap.

Banjir di semua negeri terjejas semakin pulih
Situasi bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak awal minggu ini dilaporkan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan di kedua-dua negeri itu hari ini.
![AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/24661240921610801970234/1885832_10096175011610802902019_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/01/2021]: Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuhkan | Kompaun ingkar PKP
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - @KKMPutrajaya arah NPRA nilai semula vaksin Pfizer-BioNTech. - Jawatankuasa Teknikal Darurat ditubuh. - Kenapa @shahidan_kassim selar @anwaribrahim? #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19, jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh
Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.

Langkah tolak pendaftaran Pejuang berunsur politik - Mukhriz
Mukhriz Mahathir memberitahu, alasan yang diberikan RoS adalah kerana permohonan yang diterima didapati 'tidak teratur'.

Henti segera 'curi', 'beli' ahli UMNO jika mahu terus bekerjasama - Asyraf Wajdi
Asyraf berkata tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku.

Gagasan politik: Dakwaan Puad gambarkan pandangan negatif MT UMNO - Srikandi Muda
"Dalam merealisasikan hasrat rakyat, adalah lebih baik Mohd Puad menumpukan kepada kaedah dan penyelesaian yang lebih kemas dan progresif."

PRN Sarawak ambil kira keadaan semasa, risiko penularan COVID-19 - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, risiko penularan COVID-19 harus dipertimbangkan sebelum tarikh sebenar PRN Sarawak ke-12 diputuskan.

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani
SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

Cadangan tubuh gagasan besar, pemimpin GPS kata tak perlu
Abdul Karim menyifatkan GPS tidak perlu terlibat dengan penubuhan gagasan besar bersama PN dan BN kerana fokus perjuangan GPS hanya untuk Sarawak

Ikut perjanjian asal, Perak patut kekal di bawah Bersatu - Hamzah
Hamzah cadang diwujudkan satu gagasan besar antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.

Zahid Hamidi mohon maaf, Perikatan Nasional setuju Saarani dicadang sebagai MB Perak
Pengerusi Barisan Nasional mohon maaf di atas kekhilafan ADUN-ADUN BN di negeri Perak baru-baru ini.

Bersatu kesal UMNO tidak sokong usul percaya terhadap bekas MB Perak
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menzahirkan rasa kesal berhubung usul keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.