Skip to main content

Malaysia

Dewan Rakyat rakam takziah atas pemergian abang Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Abang kandung Takiyuddin, Md Shahdin, meninggal dunia malam tadi. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan atas pemergian abang kandungnya Md Shahdin yang berusia 80-an, malam tadi.

Ucapan takziah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan pagi ini.

​”Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan perasaan amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan bahawa abang kandung kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan kembali ke rahmatullah malam tadi.

​”Saya bagi pihak Ahli-Ahli Dewan ini dan bagi pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin atas pemergian abang kandungnya,” katanya.

​Ramli turut mengajak Ahli Parlimen mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta menempatkannya dalam kalangan orang yang soleh dan beriman.

​-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement