awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Ismail Kassim

Bernama
Bernama
23/05/2023
03:30 MYT
Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Ismail Kassim
Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang pada 2.45 petang, semalam. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Arau Datuk Ismail Kassim yang meninggal dunia semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menzahirkan ucapan itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.
"Dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin umumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Datuk Ismail Kassim iaitu mantan Ahli Parlimen Arau telah kembali ke rahmatullah, semalam.
"Saya bagi pihak Dewan dan Parlimen ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Saya harapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini," katanya.
Beliau turut mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
Ismail pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013 dan menjadi Senator pada 1999 hingga 2005.
Adik bongsu kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim itu meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang pada 2.45 petang, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Kassim
#Dewan Rakyat
#Shahidan Kassim
#Johari Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan