KUALA LUMPUR:Kerajaan tidak dapat mempertimbangkan permohonan untuk memendekkan tempoh kelayakan pembelian bebas cukai di Pulau Pangkor, Perak dari 48 jam ke 24 jam ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Bersatu- Jeli) berkata, tempoh itu bagi membolehkan pelancong asing dan tempatan dapat meluangkan masa lebih lama di pulau bebas cukai itu.
Katanya, tempoh 48 jam itu juga dapat membantu menjana ekonomi pengusaha termasuk restoran, hotel dan tempat penginapan lain.
“Pemendekan tempoh kepada 24 jam tidak dapat dipertimbangkan selaras dengan layanan sama yang diberikan kepada pulau bebas cukai lain seperti Labuan, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.
“Ia juga akan memberi kesan ekonomi setempat dan industri pelancongan pulau bebas cukai keseluruhannya,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Tambun) mengenai status permohonan memendekkan tempoh kelayakan pembelian bebas cukai dan projek menaik taraf jeti penumpang Pulau Pangkor di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kerajaan meluluskan RM15 juta bagi melaksanakan rekabentuk dan kerja-kerja awalan menaik taraf semula Kompleks Terminal Jeti di Pulau Pangkor.
“Pada tahun 2021, sebanyak RM7 juta telah diluluskan untuk projek ini merangkumi jeti utama penumpang dan jeti kargo di Pulau Pangkor,” katanya.
Pulau Pangkor berkenaan diwartakan sebagai pulau bebas cukai berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020

Mustapa berkata, tempoh itu bagi membolehkan pelancong asing dan tempatan dapat meluangkan masa lebih lama di pulau bebas cukai. - Gambar hiasan/BERNAMA

Rakyat Malaysia | Penasinat badan kesihatan ulung di Jepun
Pakar Kesihatan Dr Dhesi Baha Raja meluahkan keterujaan beliau melalui hantaran Tweet apabila menerima berita beliau antara tujuh yang terpilih menyertai Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture. Selain Dr Dhesi, turut terpilih ialah Dr Alex Coutinho, Dr Lucica Ditiu, Prof David L Heymann, Dr Francis Omaswa, Prof Rosanna Peeling dan Dr Khama Rogo. Di talian menerusi Skype ketika ini ialah Dr Dhesi.

Hamzah Zainudin kini pulih daripada COVID-19, dibenar keluar hospital
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

1MDB | Goldman potong pampasan tahunan David Solomon
Goldman Sachs Group Inc memotong pampasan tahunan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Salomon sebanyak 36 peratus selepas dikenakan penalti berhubung rasuah berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Memetik Bloomberg lembaga pengarah syarikat itu mengurangkan jumlah pampasan Solomon kepada 17.5 juta dolar Amerika (atau RM70.78 juta) pada 2020, berbanding 27.5 juta dolar Amerika (RM111 juta) pada tahun sebelumnya.

Air bersih dicatu | Minum air sungai tidak terawat
Lebih seribu penduduk Kampung Serudung Baru Batu 15 Jalan Apas Tawau berdepan ancaman pelbagai penyakit kerana terpaksa minum air sungai berikutan kekurangan bekalan air bersih. Walaupun kampung tersebut telah wujud sejak 58 tahun lalu namun sehingga kini mereka masih gagal menikmati bekalan air bersih yang mencukupi.

Lambakan makanan: Lebih 2,000 pek sehari di JB sepanjang PKP 2.0
Ini susulan agihan yang tidak sistematik, terutama melibatkan bantuan yang dihulurkan golongan badan bukan kerajaan (NGO).

PKP 2.0 | JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas PKP 2.0
Nasib tiga beranak yang menjadi 'pengambil makanan' di pusat pengedaran makanan untuk gelandangan di Laman Tun Sri Lanang mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor setelah dua minggu terkandas di negeri itu. Pasangan suami isteri, Muhamad Khairil Karim, 38 tahun bersama isterinya, Hamidah Kadir, 36 tahun dan bayi lelaki berusia enam bulan terpaksa menumpang di rumah abang angkatnya di Kampung Melayu Majidee, selepas tersekat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa 13 Januari lalu.

PKP 2.0 | Lebih 2 ribu lambakan makanan sepanjang
Lebih dua ribu pek lebihan makanan untuk golongan gelandangan direkodkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 Di Johor Bahru. Ini susulan agihan yang tidak sistematik terutama melibatkan golongan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.

Tujuh peniaga diberi notis amaran harga peranti mencurigakan
Pemeriksaan dilakukan terhadap premis yang menjual barangan seperti komputer meja, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit.

Gesa Zahid Hamidi letak jawatan perbuatan tidak beradab petualang dalam parti - Ketua UMNO Jasin
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri

Dewan Rakyat: Tempoh kelayakan pembelian bebas cukai Pulau Pangkor kekal 48 jam - Mustapa
Mustapa berkata, tempoh itu bagi membolehkan pelancong asing dan tempatan dapat meluangkan masa lebih lama di pulau bebas cukai.