NATIONAL
Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'

Dewan Rakyat terus dicemari dengan kata-kata kesat - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.
Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula.
Bagaimanapun sewaktu beliau menjelaskan lawatan beliau ke Pasar Borong Selayang untuk melihat harga barangan, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dengan sinis menyoal – “bukan kasino ka Kinabatangan?”.
Gangguan itu mengakibatkan Bung gagal menahan kemarahan dan melontarkan kata-kata kesat, serta menunjukkan kesediaan untuk bertumbuk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami