KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa Empangan Chereh di Kuantan telah pecah pada November 2021.
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.
Beliau memberitahu perkara itu ketika mengambil bahagian dalam sesi penerangan mengenai fenomena panas luar biasa yang melanda negara.
"Saya juga minta kerajaan ambil perhatian terhadap isu yang berlaku di Empangan Chereh, Kuantan di mana pada November dua tahun lepas empangan ini sebenarnya pecah.
"Ini menyebabkan simpanan air bekalan minuman ke bandar Kuantan, khususnya beberapa buah loji, hanya tinggal 20 peratus dalam empangan," katanya pada sesi berkenaan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, susulan kejadian tersebut, Kerajaan Persekutuan ketika itu telah meluluskan peruntukan RM40 juta untuk membaik pulih empangan berkenaan.
"Namun peruntukan itu tak cukup dan satu peruntukan tambahan (disalurkan). Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah status terkini Empangan Chereh?," ujarnya lagi.
Sebelum itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberi pemakluman kepada Dewan Rakyat berkenaan situasi fenomena cuaca panas ekstrem.
Tuan Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air dari Ogos 2021 hingga Oktober 2022.
Sebelum ini, Januari 2018, polis menafikan dakwaan bahawa Empangan Chereh di Sungai Lembing di Kuantan berisiko pecah pada bila-bila masa seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh yang mengesahkan perkara itu berkata, orang ramai juga tidak seharusnya berkongsi maklumat berkenaan di akaun Facebook atau kumpulan WhatsApp mereka.
Memetik media, berita berkenaan tersebar kononnya penduduk Kuantan bergegas menyelamatkan diri susulan kejadian itu.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 07 2023

Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan di beberapa loji terjejas. -Gambar fail
[TERKINI] Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
MAH anjur kejohanan, undang bekas pemain untuk perlawanan amal
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bakal menganjurkan MAH Football Tournament pada 9 dan 10 Oktober ini, menghimpunkan petugas hotel dari 13 wilayah dari seluruh negara, termasuk bekas pemain kebangsaan untuk perlawanan amal.

Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
Gimnastik sumbang gangsa, takraw puas hati dengan perak
Penantian 17 tahun untuk kilauan pingat dari gelanggang gimnastik berakhir selepas atlet negara, Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Dua penjawat awam direman, rasuah berkaitan urusan mayat
Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
TIada pertandingan 'top 5' Pas
Lima jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak akan dipertandingkan.
[TERKINI] SIasatan terhadap Jasmine Loo diserahkan kepada Peguam Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan MYDIN Pitchay mengesahkan siasatan ke atas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, sudah lengkap.

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham sedia dihukum jika bersalah
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersedia untuk dikenakan hukuman mengikut peraturan Dewan Rakyat jika terbukti bersalah seperti dakwaan tular beliau menghisap vape di Parlimen.

Pindaan Akta Perangkaan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Julai 2024
Ia susulan persetujuan Jemaah Menteri pada 9 Sept 2020, membabitkan cadangan yang dikenali sebagai Pelan Pengukuhan Sistem Statistik Negara.

Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.

Tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" ketika angkat sumpah Ahli Parlimen - Fahmi
Kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.

Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik gesa Radzi Jidin dikenakan tindakan
Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

Dewan Rakyat kecoh, ahli Parlimen pembangkang 'angkat kaki'
Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat setelah bertikam lidah ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 oleh Perdana Menteri.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.