awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di ambang 2020: Tidak mahu memandu ke ibu kota? Rapid KL lanjut tempoh operasi

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2019
05:09 MYT
Di ambang 2020: Tidak mahu memandu ke ibu kota? Rapid KL lanjut tempoh operasi
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sistem rel transit dan bas sehingga 1.30 pagi sempena Ambang Tahun Baru 2020 pada 31 Disember ini.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut.
"Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT," memetik kenyataan itu.
Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan adalah seperti berikut:
  • LRT Laluan Kelana Jaya: USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park
  • LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Bandaraya, Masjid Jamek
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara
  • Laluan Monorel Kuala Lumpur: Bukit Bintang
  • BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon
Ambang Tahun Baharu
Lanjutan Perkhidmatan Ambang Tahun Baharu 2020. - Sumber imej Prasarana Malaysia Bhd
Katanya, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Sementara itu bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.
"Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru," memetik kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my
Topic Berkaitan
#ambang tahun baru
#BRT
#Facebook
#LRT
#Malaysia Baharu
#monorel
#MRT
#MyRapidKL
#Prasarana Malaysia Berhad
#Rapid KL
#Twitter
#Wawasan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan