awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di mana mayat Eric Chang?

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
14/03/2022
11:28 MYT
Di mana mayat Eric Chang?
Pada 7 Mac lalu, ibu kandung Eric, Dynasty Chang Ka Hui, 25, melaporkan kehilangan anak sulungnya itu kepada pihak polis di Jalan Daya Bintawa, di Kuching. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Kanak-kanak ini sudah hilang sejak seminggu lalu.
Eric Chang Wei, 4, yang dipercayai dibunuh dan dibuang mayatnya di sebuah jeti di Kampung Muara Tebas, masih tidak dapat dijumpai.
Hari ini, operasi pencarian sudah masuk hari kedua terpaksa ditangguhkan pada jam 5.30 petang Isnin selepas usaha 10 jam bermula jam 7 pagi itu belum menemui sebarang petanda.
Berdasarkan maklumat Pusat Operasi Muara Tebas, faktor cuaca yang tidak mengizinkan dengan hujan lebat dan laut yang bergelora mendorong operasi ditangguhkan lebih awal sebelum jam 6.00 petang.
Seramai 20 anggota keselamatan dikerahkan semasa operasi melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
BACA: Ibu Eric tangisi kehilangan anak di jeti Muara Tebas
BACA: Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei diperluas
Pada 7 Mac lalu, ibu kandung Eric, Dynasty Chang Ka Hui, 25, melaporkan kehilangan anak sulungnya itu kepada pihak polis di Jalan Daya Bintawa, di sini.
Susulan daripada itu pihak polis telah mendapatkan kenyataan ibu dan bapa Eric serta menahan reman dua pasangan yang sebelum ini menjaga kanak-kanak berkenaan sebelum menyambung tempoh reman pada Ahad untuk siasatan lanjut.
Jenayah | Operasi cari mayat Eric diteruskan
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah pada Ahad melaporkan, pihaknya telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.
Kes yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.
Topic Berkaitan
#Eric Chang
#Dynasty Chang Ka Hui
#dibuang di Kampung Muara Tebas
#operasi SAR dihentikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan