NATIONAL
Di sebalik angkara kesumat mereka bertujuh...

Agenda AWANI cuba merungkai pelbagai persoalan yang bermain di segenap minda masyarakat yang mengikuti perkembangan kisah tragis ini.
Ejek-mengejek yang sudah pasti menjadi lumrah dalam hidup mereka yang bergelar kanak-kanak dan remaja, boleh membuatkan orang hilang nyawa.
Kebakaran yang mengorbankan 23 orang di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menyerlahkan realiti sebuah tragedi di sebalik tragedi - suspeknya adalah kanak-kanak. Usia mereka antara 11 - 18 tahun.
Ketujuh-tujuh suspek itu kini sedang direman hingga 22 September ini.
Dalam menantikan apakah nasib yang bakal menimpa mereka, Agenda AWANI cuba merungkai pelbagai persoalan yang bermain di segenap minda masyarakat yang mengikuti perkembangan kisah tragis ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YouthsToday, Jazz Tan berkongsi kisah yang jauh lebih buruk daripada diejek. Bapanya dibunuh 'gengster' ketika dia berusia 14 tahun.
Ia bagi mengelak bekas penjenayah mengulangi kesilapan lampau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami