UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Namun begitu, katanya, keutamaan UMNO Sabah kini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dalam memastikan kerajaan sedia ada dapat terus dipertahankan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 an seterusnya.
"Buat masa kini, tiada sebarang keputusan mengenai pilihan raya awal. Walaupun ini hanya spekulasi, namun kami yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada," katanya yang juga Bendahari UMNO selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini pada Jumaat.
Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Sabah akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang Pilihan Raya Umum pada 2018.
Perdana menteri selepas mesyuarat MT hari ini menyangkal cakap-cakap itu dengan berkata ia hanya spekulasi.
Ketika diminta mengulas cabaran Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Salleh berkata parti itu hanyalah sebuah parti baharu yang tidak mempunyai sokongan akar umbi.
"Ini merupakan kali pertama Warisan akan bersaing dengan UMNO di Sabah dan saya yakin masyarakat Sabah akan mengekalkan kerajaan sedia ada yang mempunyai rekod cemerlang," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.
Sementara itu anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata tiada keperluan yang mendesak untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal di Sabah kerana kedudukan parti itu ketika ini dalam keadaan stabil.
"UMNO Sabah optimis dan yakin kita masih mendapat sokongan penuh masyarakat Sabah, tiada masalah kepada kita sekiranya pilihan raya awal diadakan," katanya yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2017
SALLEH: UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal. Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh
UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Datuk Seri Dr Salleh.