Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menganggarkan beban penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan hyperlipidaemia dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah sangat tinggi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peratusan penyakit kronik NCD paling tinggi dicatatkan adalah hypercholesterolaemia iaitu sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu diikuti hipertensi (30.3 peratus) dan diabetes (17.5 peratus).
"Beban penyakit hypercholesterolaemia dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur bagi umur 18 hingga 19 tahun adalah sebanyak 22 peratus, 20 hingga 24 tahun (26.5 peratus), 25 hingga 29 tahun (33.7 peratus), 30 hingga 34 tahun (44 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (49.7 peratus).
"Manakala beban penyakit hipertensi dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur bagi umur 18 hingga 19 tahun (6.7 peratus), 20 hingga 24 tahun (9.4 peratus), 25 hingga 29 tahun (13.2 peratus), 30 hingga 34 tahun (15.9 peratus) dan 35 hingga 39 (23.9 peratus)," katanya.
Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu apakah penyakit kronik yang paling mendadak dalam kalangan generasi muda dan peratusannya.
Dr Lee berkata sebanyak 17.5 peratus atau 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit diabetes dengan peratusan golongan muda yang menghidap penyakit itu mengikut kategori umur bagi 18 hingga 19 tahun sebanyak 5.5 peratus, 20 hingga 24 tahun (5.9 peratus), 25 hingga 29 tahun dengan (8.9 peratus), 30 hingga 34 tahun (10.6 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (12.9 peratus).
"Kaji selidik itu juga menganggarkan sebanyak 17.7 peratus rakyat Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) obes.
"Peratusan generasi muda yang obes mengikut kategori umur bagi mereka berusia 18 hingga 19 tahun sebanyak (11.7 peratus), 20 hingga 24 tahun (12 peratus), 25 hingga 29 tahun (18.3 peratus) 30 hingga 34 tahun dengan (17.2 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (20.5 peratus)," katanya.
Dr Lee berkata kementerian menyedari beban penyakit NCD dalam kalangan golongan muda amat membimbangkan dan memberi fokus terhadap strategi pencegahan dan kawalan NCD pada peringkat awal mengikut Life Course Approach berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2019
Beban penyakit hipertensi dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur bagi umur 18 hingga 19 tahun (6.7 peratus), 20 hingga 24 tahun (9.4 peratus), 25 hingga 29 tahun (13.2 peratus), dan 30 hingga 34 tahun (15.9 peratus). - Gambar hiasan
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
Mencegah buta akibat diabetes
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Pesakit diabetes paling banyak dapatkan rawatan selepas Hari Raya
Keseronokan menikmati juadah hari raya seolah-olah terhenti bagi golongan yang menghidap penyakit kencing manis kerana khuatir jika tersalah makan akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan.
Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah