KUALA LUMPUR: Total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berlangsung sejak awal bulan ini bukanlah satu tempoh yang manis untuk semua rakyat Malaysia.
Sejak PKP 1.0 dilaksanakan 18 Mac tahun lalu, ramai yang berjuang demi diri sendiri dan keluarga untuk terus hidup.
Bantuan demi bantuan yang diberikan, rakyat cuba menggunakannya sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup masing-masing ketika tempoh menentang COVID-19.
Semalam, kerajaan sekali lagi memberi bayangan bakal memberi bantuan berskala besar kepada rakyat Malaysia.
Khabar itu disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana ia mungkin memberi sinar terutama kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Pengguna media sosial Facebook, Ramdan Mohamad berharap bantuan itu bukanlah bantuan bersasar.
“Bagi sahaja kepada semua, yang terkesan atau tidak. Sebab nanti yang tidak terkesan dapat bantu mereka yang terkesan dari segi kuasa membeli atau apa cara sekalipun,” katanya.
BACA: Moratorium: Sedarlah BNM, andaian 'on paper' tidak sama dengan realiti - Shahril
BACA: "Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
BACA: Masa yang tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan - Tengku Zafrul
Pada masa sama, ada juga beberapa individu yang menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menutup kilang-kilang yang masih beroperasi.
Bagi Wan Emran Shafiee, sektor perkilangan dilihat menyumbang kes jangkitan tertinggi dan mustahil usaha untuk beralih ke fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara dapat dicapai jika membiarkan sektor tersebut terus beroperasi sekali gus akan menyusahkan rakyat.
“Pandangan saya sebagai rakyat marhaen, apa kata kali ini kita tutup kilang-kilang yg sah-sah menyumbang banyak kes setiap hari.
“Sampai bila kita nak sambung ‘full lockdown’ cara ini yang mana telah terbukti gagal. Kesianlah pada rakyat,” katanya.
Sementara itu, ini respons pengguna media sosial Youtube berkenaan pemberian bantuan yang akan diumumkan oleh kerajaan.
Asyraf Roslan
Sun Jun 27 2021
Ramai yang mengharap bahawa bantuan yang diberikan kepada semua dan bukannya secara bersasar. - Gambar hiasan/ Astro AWANI / Shahir Omar
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru di SK Luagan, Lawas menggunakan waktu cuti persekolahan ini untuk menyediakan silibus baharu.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Berbakti di dunia demi agama, bangsa dan negara
Dalam banyak-banyak pengurusan jenazah, uruskan jenazah pesakit COVID-19 begitu meruntun jiwa. Apa kisah Abang Chik dan Epit ketika PKP ini?
[LAPOR LANGSUNG]: DIARI LOCKDOWN: Entri terakhir Syefry, 'Diari Lockdown' melabuhkan tirai
Penjual aiskrim pun menghadapi kesukaran ketika 'total lockdown' ini. Apalah nasib pengusaha Aiskrim Popslab Malaysia ketika ini?
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Perniagaan pasta leleh, takoyaki nadi kekuatan Abang Sein
Mohamad Faisal Johari atau lebih dikenali sebagai Abang Sein di kalangan peniaga-peniaga makanan di IPT serta ekspo sederhana & besar.
#DiariLockdown: Persoalannya, sejauh mana kompaun dapat disiplinkan 'golongan kayangan'? - Netizen
Pernah menghampiri garisan penamat namun sedikit kealpaan membuatkan kita semua tersungkur kembali.
#DiariLockdown: Rakyat mohon bantuan diberi kepada semua, tutup kilang
Sejak PKP 1.0 dilaksanakan 18 Mac tahun lu, ramai yang berjuang demi diri sendiri dan keluarga untuk terus hidup.
#DiariLockdown: "Nak tak nak inilah realitinya, ramai yang susah" - NGO
Sepanjang PKP dilaksanakan Syafiq bersama Cheka Movement sudah berjaya membantu kira-kira 700 keluarga yang memerlukan.
#DiariLockdown: Masih ramai yang menanti tarikh janji temu vaksin COVID-19
PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak Februari lalu merupakan usaha kerajaan dalam mengekang jangkitan virus tersebut dalam kalangan rakyat.
#DiariLockdown: Netizen imbau kenangan bersama bapa
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah gambaran pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak.
#DiariLockdown: 'Periksa kereta anda, takut ada yang menumpang'
Ada juga yang mengingatkan antara satu sama lain untuk memeriksa kereta agar tiada yang 'menumpang' kenderaan mereka.