awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa yang tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
27/06/2021
09:04 MYT
Masa yang tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia minggu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan semula inisiatif membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan hadirnya Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah berhenti daripada membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian bersama.
"Dengan hadirnya PPN, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini (seperti sebelum ini) bagi membantu rakyat dan perniagaan," katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad.
Sumber Facebook tzafrulaziz
Beliau berkata perbincangannya dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia telah diadakan minggu ini.
"Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran COVID-19.
BACA: Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik
"Kita adalah negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang," katanya.
Tengku Zafrul berkata namun selepas itu ada dalam kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program tersebut.
"Alhamdulillah mereka sedar," katanya.
Moratorium, i-Sinar | Kerajaan akan umum beberapa bantuan buat rakyat
i-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran dari Akaun 1 untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
i-Lestari pula merupakan satu program KWSP bagi pengeluaran dari Akaun 2.
Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#inisiatif bantu rakyat
#bantu perniagaan
#peniaga
#Pelan Pemulihan Negara
#PMN
#KWSP
#Bank Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan