SEKITAR 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) susulan penularan wabak COVID-19.
Malah, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, turut menyatakan sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai berhubung apa yang dinyatakan oleh laporan ini.
Kata pengguna laman Facebook, Mohd Salim NY, dia terpaksa tutup kedai makan miliknya kerana ketiadaan pelanggan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan.
Dia juga berkata bahawa dia kehilangan punca pendapatan kerana menanggung kerugian yang besar.
Begitu juga Ewan Apache yang mengakui bahawa dia kini berdepan dengan bebanan hutang yang semakin bertambah.
Kata Jo Jusoh, pendapatannya berkurangan sehinggakan tidak mampu membayar sewa rumah selain masalah motosikalnya yang rosak mengeruhkan lagi keadaannya.
Selain itu, Adam Izham pula berdepan dengan masalah kos sara hidup seperti sewa rumah selepas kehilangan kerjanya.
Kata Ahmad Syafiq pula, dia kini sudah dua bulan tidak bekerja.
Malah, gerarde john yang bekerja sebagai pemandu e-Hailing juga turut terkesan kerana pendapatannya turun mendadak selepas kerajaan melaksanakan PKP.
Manakala di laman YouTube, Azd Sil berkata pemberian i-Sinar 2.0 wajar dilaksanakan semula untuk membantu mereka yang memerlukan..
Astro Awani
Fri Jun 18 2021
Ramai mengakui bahawa mereka terkesan sejak krisis COVID-19 yang melanda negara. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
#DiariLockdown: Ramai akui terkesan dengan krisis COVID-19 yang melanda negara
Sekitar 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) kerana susulan penularan wabak COVID-19.
#DiariLockdown: Ramai rindu makan di luar dan 'Food Hunting' seperti sebelum PKP dilaksanakan
Setiap orang mesti mempunyai kedai makan kegemaran yang sering dikunjungi sambil menikmati makanan dan bersantai bersama keluarga mahupun kenalan rapat.
#DiariLockdown: Ramai mengeluh berat badan meningkat gara-gara kurang bersenam
Jika dahulu kita bebas melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan, kini rakyat terpaksa duduk rumah untuk mengekang penularan wabak COVID-19.