AS kenakan sekatan baharu ke atas dua hakim ICC

Tindakan AS ini disifatkan sebagai serangan terhadap kebebasan institusi kehakiman oleh ICC. - Foto fail/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan satu lagi pusingan sekatan terhadap pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), susulan keputusan terbaharu mahkamah itu yang menolak usaha Israel untuk menghentikan siasatan jenayah perang di Gaza.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap dua hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dari Georgia dan Mongolia yang terlibat dalam siasatan jenayah perang di Gaza.
- Tindakan AS ini disifatkan sebagai serangan terhadap kebebasan institusi kehakiman oleh ICC, namun mahkamah tersebut tetap berazam untuk melaksanakan mandatnya tanpa terkesan oleh tekanan politik.
- ICC berpendapat ia berhak menyiasat jenayah yang berlaku di wilayah negara pihak, termasuk wilayah Palestin yang diduduki, manakala Menteri Luar Belanda dan aktivis hak asasi manusia mengutuk tindakan AS sebagai perlindungan terhadap penjenayah perang Israel.
“ICC terus terlibat dalam tindakan bermotif politik yang menyasarkan Israel, dan ini mencetuskan duluan berbahaya kepada semua negara,” katanya dalam kenyataan.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada siri sekatan ekonomi yang dikenakan pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ICC dan pihak-pihak yang terlibat dalam siasatannya.
Sejak awal 2024, AS telah menyasarkan beberapa hakim, pendakwa raya dan juga pertubuhan bukan kerajaan yang membantu siasatan ICC terhadap Israel dan sekutunya.
Pada Jun lalu, empat hakim dikenakan sekatan, dua daripadanya terlibat dalam siasatan terhadap anggota tentera AS di Afghanistan, manakala dua lagi terlibat dalam keputusan mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa pemimpin Hamas, yang kemudiannya terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.
Dalam kenyataan balas, ICC menyifatkan tindakan AS sebagai “serangan terang-terangan terhadap kebebasan institusi kehakiman yang berkecuali”, namun menegaskan akan terus melaksanakan mandatnya tanpa tunduk kepada tekanan politik.
“Apabila pegawai kehakiman diancam kerana melaksanakan undang-undang, keseluruhan sistem perundangan antarabangsa berada dalam bahaya,” kata kenyataan itu.
AS dan Israel bukan ahli Statut Rom yang menjadi asas penubuhan ICC, dan Washington berpendapat mahkamah itu telah melampaui bidang kuasanya dengan menyiasat warga negara yang bukan ahli.
Namun, ICC menegaskan ia berhak menyiasat jenayah yang berlaku di wilayah negara-negara pihak, termasuk wilayah Palestin yang diduduki.
Langkah sekatan ini turut dikecam oleh Menteri Luar Belanda, negara tuan rumah ICC, serta aktivis hak asasi manusia.
Pengarah Eksekutif Democracy for the Arab World Now (DAWN), Sarah Leah Whitson, menyifatkan tindakan AS sebagai “melindungi penjenayah perang Israel” dan menyeru agar Rubio sendiri disiasat kerana mengganggu proses keadilan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

