awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dicadang jadi pengulas final bola sepak: 'Itu bukan bidang saya' - Bront Palarae

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/08/2017
09:19 MYT
Dicadang jadi pengulas final bola sepak: 'Itu bukan bidang saya' - Bront Palarae
Bront Palarae menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
NAMPAKNYA, cadangan seorang pengguna Twitter dengan nama Along Pinot, yang mahukan pelakon Bront Palarae sebagai pengulas dalam final bola sepak Sukan SEA, menerima reaksi yang pelbagai.
Along Pinot memuat naik status mencadangkan nama Bront sebagai pengulas sebaik sahaja pasukan Malaysia berjaya melangkah ke final, telah menerima lebih 24,000 retweet.
Biarpun cadangan itu dilihat seperti agak random, namun ramai yang menganggap ia bertitik tolak daripada kecemerlangan watak pengulas sukan bernama Rahman yang dibawa Bront dalam filem Ola Bola yang ditayangkan pada tahun 2015.
Kami mahu @Bront_Palarae menjadi pengulas final sukan sea. Please make it happen @Khairykj #BangkitBersama @KL2017 pic.twitter.com/GgPQo42jcO
— Along Pinot (@Alongmuizz) August 26, 2017
Menerusi watak itu, Bront pernah dianugerahkan trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur.
Sehingga kini ramai yang mengingati ungkapan dan jeritan 'gol' penuh semangat Rahman dalam filem berkenaan.
Netizen pula, ada yang menyokong cadangan itu, tidak kurang juga yang merasakan ia tidak masuk akal.
Kalau @Bront_Palarae jadi pengulas.. tak payah pergi stadium pun takpa hahah.. lagi best tengok kat rumah https://t.co/h0d5LByw92
— F (@faisss98) August 27, 2017
Ilmu bola kami dah ada. Kami x perlu input. Kami nak happening je.
— Aishril Pelletier (@aishril) August 27, 2017
Abah. Please abah. Nak @Bront_Palarae jadi pengulas final bah. Please
— ZF (@Zarakifaiz) August 27, 2017
Aku pon mahu @Bront_Palarae Jadi pengulas final sukan sea. #BangkitaBersama #KitaSamaHero #KLSeaGames2017
— PannaFlavour (@piangkayuess) August 27, 2017
Sbb masa die mengulas perlawanan dalam OLA BOLA tu teringat aku dgn pengulas bola sepak arab.
— PannaFlavour (@piangkayuess) August 27, 2017
Kalau bront palarae dia suruh jadi pengulas. Lepas ni mesti dia suruh fattah amin jadi pilot gak.
— Yus! (@yusrySD) August 27, 2017
Kena kaji rules...kenal players....dan semuanya disampaikan terus tanpa skrip...lain kali jelah
— zairul arif (@zairul_arif) August 27, 2017
Sapa yang request Bront Palarae ni woi! Dalam Ola Bola tu planned punya talk boleh la
— Darwisy Fakhruddin (@Darwisyj_) August 27, 2017
Namun bagi empunya badan, tugas sebagai pengulas sukan secara langsung diakui bukan perkara mudah.
Bront, di akaun Twitter, telah retweet status berikut.
Pengulas sukan bukan nya perlu cakap "Gol" kuat je. Haha. Kne study pasal bola, the players and etc. So not that easy. Chill ok
— SNI (@ShakirahhNab) August 27, 2017
Menerusi laporan portal mStar pula, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) 2015 menerusi filem Terbaik Dari Langit itu menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya.
"Rasanya tidak logik untuk saya menggalas tugas itu. Ia bukan bidang saya, lagipun kita sudah memiliki ramai pengulas sukan yang bagus," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Bront Palarae
#final
#Ola Bola
#pengulas sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan