awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa bunuh gelandangan, dua sahabat berdepan tali gantung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/04/2022
06:05 MYT
Didakwa bunuh gelandangan, dua sahabat berdepan tali gantung
Mereka didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42 tahun. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Dua sahabat berdepan tali gantung apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas tuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Muhammad Aliff Daniel Ong Abdullah dan Joel V Michael Louis yang berusia 20 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di hadapan kedai, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah antara jam 1 pagi hingga 3.45 pagi, 15 Mac lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes dan Amritpal Singh.
26 April depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat.
Media pada 15 Mac lalu melaporkan seorang gelandangan dipercayai dipukul di Jalan Pesisiran Bunga Raya, Melaka sehingga organ dalamannya pecah, mengalami pendarahan dalam kepala dan bibir koyak.
Mangsa ditemui orang awam di kaki lima dalam keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 7.20 pagi.
Lelaki itu dilaporkan koma selama tiga hari sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada 18 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#bunuh gelandangan
#ayer keroh
#Melaka
#belasah gelandangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan