awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar

Bernama
Bernama
09/03/2023
05:15 MYT
Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan. - Facebook KPDN Kedah
ALOR SETAR: Sebanyak 41,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM88,150 yang disyaki diseleweng, dirampas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Kuala Kedah di sebuah premis di sini semalam.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Kedah Affendi Rajini Kanth berkata serbuan pada pukul 11 pagi di Kawasan Perindustrian Mergong itu mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.
"PPM telah bertindak menyita sejumlah minyak diesel dalam anggaran 41,000 liter, yang ditemui dalam sebuah lori dan dua buah skid tank.
"Sebuah lori tanker bernombor pendaftaran tempatan dan peralatan lain seperti pam minyak sebanyak tiga unit dan pam hos sebanyak enam unit telah disita, kerana disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seorang pemandu lori yang berusia dalam lingkungan 60-an juga telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#polis marin
#kpdn
#barang kawalan
#seleweng diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan