GADGETS
AS dijangka haramkan dron buatan China seawal minggu depan

Amerika Syarikat dijangka mengharamkan jualan dan operasi dron buatan China seperti DJI dan Autel atas alasan keselamatan negara, termasuk dakwaan perkongsian data dengan Parti Komunis China. -Gambar hiasan
AMERIKA Syarikat (AS) dijangka mengharamkan jualan dan operasi dron buatan China seawal minggu depan, menurut laporan Washington Post.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat dijangka mengharamkan jualan dan operasi dron buatan China seperti DJI dan Autel atas alasan keselamatan negara, termasuk dakwaan perkongsian data dengan Parti Komunis China.
- Pengharaman ini akan dilaksanakan melalui arahan eksekutif yang menyekat kelulusan lesen radio nirwayar, menjadikan dron baharu tidak boleh dipasarkan secara sah di AS.
- Langkah ini bertujuan memperkasakan industri dron tempatan yang sukar bersaing dengan produk China, dan dijangka mendapat sokongan daripada pemain industri AS.
Atas sebab yang sama, penggunaan dron DJI telah diharamkan untuk anggota tentera, polis, bomba dan agensi SAR.
Pengharaman dilakukan dengan tidak meluluskan lesen kelengkapan radio nirwayar yang digunakan untuk mengawal dron.
Tanpa kelulusan ini dron baharu tidak boleh dipasarkan dan sekiranya diimport secara haram sekalipun pemilik boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Arahan eksekutif ini juga akan memperkasakan industri dron tempatan dengan kerajaan persekutuan untuk lebih aktif menyokong pembuat dron di Amerika Syarikat.
Sejak DJI memasuki pasaran Amerika Syarikat, syarikat tempatan tidak mampu bersaing kerana harga jualan lebih rendah serta kemampuan yang lebih tinggi.
Tindakan pentadbiran Trump mengharamkan dron buatan China dijangka menerima sokongan positif pemain industri tempatan yang sudah lama meminta kerajaan persekutuan untuk campur tangan disebabkan ancaman syarikat luar lebih-lebih lagi selepas Skydio, syarikat dron dari Califronia dikenakan sekatan oleh China kerana membekalkan dron kepada Taiwan tahun lalu. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami