KUALA LUMPUR: Hutang berkanun kerajaan berada pada RM820.7 bilion atau 58 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dijangka meningkat kepada 58.5 peratus bagi tahun ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia masih rendah berbanding had 60 peratus yang diluluskan Parlimen.
Tengku Zafrul berkata hutang itu merujuk kepada hutang domestik yang mengandungi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) serta Bil Perbendaharaan Islamik Malaysia (MITB) seperti yang ditakrif dan diperuntukkan di bawah Akta Covid-19.
“Apabila mengambil kira pinjaman pesisir luar dan pinjaman-pinjaman lain, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM879.6 bilion atau 62.2% daripada KDNK.
“Walau bagaimanapun, had setiap jenis hutang di bawah lunas undang-undang masih dipatuhi bagi memastikan disiplin di dalam pengurusan fiskal.
“Langkah-langkah ini telah dijelaskan dan diterima oleh agensi-agensi penilaian antarabangsa dan para penganalisa,” katanya dalam satu kenyataan.
Zafrul berkata kerajaan memberi jaminan segala pengambilan hutang untuk menyokong keperluan rakyat dan perniagaan susulan kesan pandemik COVID-19 akan disokong komitmen disiplin fiskal yang telus dan utuh.
“Dalam jangka masa sederhana dan panjang, Kerajaan komited terhadap konsolidasi fiskal melalui Strategi Hasil Jangka Sederhana dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana.
“Akta Tanggungjawab Fiskal yang dicadangkan akan mengkaji secara komprehensif dan memperkuat rangka kerja fiskal jangka sederhana, antara lain dengan mengutamakan perbelanjaan, menambah baik kerangka cukai, mengetatkan penguatkuasaan dan meminimumkan ketirisan,” kata Tengku Zafrul.
Katanya, fokus harus diberikan kepada kemampuan kerajaan melangsaikan hutang berdasarkan pemulihan ekonomi semasa berbanding jumlah hutang.
“Kita telah mula melihat pemulihan ekonomi negara hasil daripada langkah-langkah dasar yang efektif.
“Sektor eksport negara kekal berdaya maju, berkembang selari dengan pemulihan perdagangan global.
“Dengan pembukaan semula ekonomi secara beransur, penggunaan domestik akan meningkat semula.
“Organisasi seperti Bank Dunia dan IMF meramalkan ekonomi Malaysia akan bangkit semula pada 2021, dengan kadar 5.6% - 6.7% dan 6.5% .
Tambahnya dengan pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang tersusun, langkah hadapan secara bersasar dan pematuhan SOP yang ketat, ekonomi Malaysia kini teguh bergerak ke arah pemulihan dan pengukuhan ekonomi pada tahun ini.
Najib Aroff
Mon Mar 22 2021
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia masih rendah berbanding had 60 peratus yang diluluskan Parlimen. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan dibelenggu hutang legasi termasuk 1MDB - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata, kedudukan hutang negara tidak melebihi had hutang statutori 60 peratus kepada KDNK.
Hutang kerajaan Persekutuan naik kepada RM792 bilion pada 2019
Jumlah keseluruhan liabiliti Persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.
Kejatuhan harga minyak dunia beri kesan kepada semua pihak - Pakar Ekonomi
Kejatuhan harga minyak dunia terus memberi kesan kepada pemain industri tempatan.
Dua tahun sahaja untuk lunas hutang negara - Quebec
Ia akan dilakukan melalui pembayaran AS$7.6 bilion untuk membayar hutang berbanding tempoh lima tahun yang disasarkan kerajaan Liberal sebelum ini.