IPOH: Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM21,550 apabila diperdaya sindiket pelaburan matawang asing (forex) yang tidak wujud di laman media sosial Telegram.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 37 tahun itu ditawarkan untuk menyertai pelaburan yang kononnya memberi keuntungan 120 peratus hanya dalam tempoh enam jam.
Menurutnya, ketika pengadu berada di pejabatnya di sini, pada 26 Mei lalu, pengadu telah melihat iklan pelaburan dengan keuntungan yang sangat lumayan di laman sesawang Facebook dengan nama XM Trading.
Selepas itu, katanya, pengadu telah berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi Telegram dan WhataApp dengan satu nombor telefon berdaftar.
“Pengadu telah memilih pakej Gold iaitu dijanjikan keuntungan sebanyak 120 peratus dalam masa enam jam setelah menjadi ahli dan modal yang diberikan oleh pengadu itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Selain itu, kata Ahmad Adnan, pakej forex itu juga kononnya dikatakan patuh syariah, menyebabkan mangsa tertarik dan yakin dengan apa yang dijanjikan oleh sindiket penipuan tersebut.
Menurutnya, mangsa telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh sindiket dan telah membuat tiga kali transaksi memasukkan wang menggunakan cara pindahan wang.
“Jumlah pertama iaitu sebanyak RM3,000 sebagai yuran keahlian dan modal pelaburan. Kedua berjumlah RM 5,800 merupakan pengaktifan bank untuk mengeluarkan wang daripada bank,” ujarnya.
Seterusnya, kata Ahmad Adnan, mangsa membuat bayaran sebanyak RM12,550, kononnya untuk tujuan yuran tukaran wang dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia.
Menurutnya, mangsa telah membuat pembayaran dengan cara pindahan atas talian daripada akaun bank pengadu sendiri.
Katanya, mangsa kemudiannya telah cuba menghubungi semula nombor telefon syarikat pelaburan tersebut, namun tiada sebarang jawapan, malah menyekat panggilan pengadu.
“Pengadu merasakan ada yang tidak kena dengan pelaburan berkenaan setelah imbuhan dividen yang dijanjikan tidak diterima,” tambahnya.
Katanya, pengadu yang telah kehabisan wang serta rasa tertipu telah mebuat laporan polis, semalam, untuk tindakan selanjutnya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ahmad Adnan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan pelaburan di laman sesawang dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengetahui status sesuatu skim pelaburan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 29 2022
Mangsa ditawarkan untuk menyertai pelaburan yang kononnya memberi keuntungan 120 peratus hanya dalam tempoh enam jam. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.