awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikompaun RM10,000 benar pelanggan makan di premis

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2021
03:34 MYT
Dikompaun RM10,000 benar pelanggan makan di premis
Pasukan pemantau ketika membuat pemeriksaan di sekitar Medan Niaga Bahau pada Isnin. -Foto Sinar Harian
JEMPOL: Pemilik sebuah kedai makan di Medan Niaga Bahau dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati membenarkan pelanggan makan di dalam premisnya pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tindakan kompaun itu diambil semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan kira-kira jam 11 pagi.
"Pemilik premis berusia 54 tahun berkenaan dikompaun selepas didapati gagal memastikan pelanggan mematuhi SOP dengan membenarkan pelanggan makan di premisnya.
"Selain itu, seorang pelanggan berusia 30 tahun turut dikompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan makan di dalam kedai ketika tempoh pelaksanaan PKP," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Chang Hook berkata, dalam operasi sama, lima lagi individu berusia antara 29 hingga 59 tahun turut dikenakan kompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal mendaftar masuk ke dalam sebuah kedai makan di Kampung Bakar Batu, Bahau dan sebuah restoren di Pusat perniagaan Bahau.
"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Dikompaun RM10,000 benar pelanggan makan di premis
Topic Berkaitan
#SOP
#Medan Niaga Bahau
#Kedai makan
#benarkan pelanggan makan
#penyakit berjangkit
#Pelaksanaan PKP
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan