awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilamun cinta maya, lelaki dan wanita rugi RM27,490

Bernama
Bernama
14/08/2021
07:22 MYT
Dilamun cinta maya, lelaki dan wanita rugi RM27,490
Lelaki dan wanita itu, masing-masing terbabit dalam dua kes berbeza selepas berkenalan dengan individu kononnya dari luar negara menerusi Facebook. - Gambar hiasan
KEPALA BATAS: Akibat dilamun cinta, seorang lelaki dan seorang wanita berputih mata apabila kerugian RM27,490 selepas mereka terpedaya dengan sindiket Love Scam dalam kejadian berasingan di Butterworth, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 48 tahun dan lelaki berumur 54 tahun itu, masing-masing terbabit dalam dua kes berbeza selepas berkenalan dengan individu kononnya dari luar negara menerusi Facebook baru-baru ini.
Beliau berkata mangsa lelaki yang bekerja sebagai jurukimpal mendakwa dia berkenalan dengan seorang wanita yang mendakwa dari Amerika Syarikat, manakala mangsa wanita yang merupakan seorang suri rumah berkenalan dengan seorang lelaki dari Belanda.
"Kedua-duanya yang dilamun cinta maya itu masing-masing dimaklumkan oleh suspek bahawa hadiah, kononnya wang tunai dan barang kemas, telah dihantar kepada mangsa sebagai tanda percintaan.
"Seterusnya mereka masing-masing dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan mendakwa hadiah yang mengandungi wang bernilai ribuan dolar Amerika Syarikat telah tiba di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun, Noorzainy berkata suspek meminta mangsa membuat bayaran yang didakwa sebagai bayaran cukai ke dalam akaun yang diberikan, sekiranya ingin menerima barangan tersebut.
Mereka yang teruja telah membuat pemindahan wang iaitu RM13,790 oleh mangsa lelaki dan RM13,700 oleh mangsa wanita.
"Kedua-dua mangsa mulai curiga selepas suspek masih meminta wang tambahan walaupun telah meminta sejumlah wang dan mereka yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis semalam untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata siasatan polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa itu ditipu sindiket Love Scam yang sama kerana berdasarkan keterangan mereka, suspek didapati menggunakan modus operandi dan nombor akaun yang sama.
Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan lanjut mengenai individu mencurigakan di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau aplikasi Check Scammers CCID di Google Playstore sebelum membuat transaksi online.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#sindiket penipuan
#mangsa tipu
#polis
#media sosial
#Facebook
#Noorzainy Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan