NATIONAL
Dilapor hilang, wanita warga emas dijumpai mati dalam lubang najis

Mayat Faridah Hashim ditemui dalam tangki najis di belakang rumah dipercayai mati dibunuh. -Astro AWANI
Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam lubang najis di rumahnya di Kampung Sungai Burung, Balik Pulau petang tadi.
Mayat Faridah Hashim, 63, ditemukan dalam tangki najis di belakang rumahnya oleh seorang lelaki kira-kira jam 2.40 petang dipercayai mati dibunuh.
Sebelum ini, ahli keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wanita itu pada 19 September.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan kejadian sambil memberitahu polis sudah mengenal pasti suspek.
Sekitar jam 7 malam, anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri masih cuba mengeluarkan mayat mangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami