Skip to main content

Dunia

Pesawat Eurowings berpatah balik ke Stuttgart selepas dipanah petir

71484478584_Eurowings.jpg
Sebuah pesawat Eurowings yang dalam perjalanan dari Stuttgart ke Vienna dipanah petir, menyebabkan pesawat itu berpatah balik ke Stuttgart sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjalani pemeriksaan teknikal. - Gambar fail
Advertisement

STUTTGART: Sebuah pesawat Eurowings yang dalam perjalanan dari Stuttgart ke Vienna dipanah petir, menyebabkan pesawat itu berpatah balik ke Stuttgart sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjalani pemeriksaan teknikal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik syarikat penerbangan itu pada Jumaat.

Jurucakap Eurowings berkata pesawat berkenaan sudah berada di ruang udara ketika dipanah petir. Keselamatan pesawat tidak terjejas sepanjang insiden itu. Pesawat itu mendarat semula di lapangan terbang asalnya selepas kira-kira 40 minit.

Seramai 106 penumpang dan anak kapal berada di dalam pesawat itu. Para penumpang kemudian ditempatkan dalam penerbangan lain.

Juruteknik memeriksa pesawat berkenaan selepas insiden pada petang Khamis itu. Jurucakap itu berkata pesawat Airbus A320 berkenaan dijangka dapat beroperasi semula pada hari yang sama.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement