KUALA LUMPUR : Kegiatan akaun 'darkside' di media sosial mendedahkan barah sosial dalam kalangan masyarakat yang sewajarnya dibendung.
Peranan proaktif masyarakat yang menjadi pengguna media sosial dituntut untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memerangi maksiat siber sebelum ia menjadi satu bentuk pembudayaan tidak bermaruah bagi generasi akan datang.
Tinjauan Astro AWANI di media sosial mendapati, kebanyakan mereka yang terlibat dalam dunia darkside adalah kaum Melayu.
Malah, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber terdekat, ramai yang melakukan kegiatan itu hanya kerana ketagih dan dahagakan wang ringgit.
BACA: [Bahagian 1] Fantasi 'Darkside' media sosial, demi wang ringgit sanggup gadai moral
Kerentanan mental
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, berpandangan, individu yang terlibat dengan kegiatan sebegitu mempunyai kerentanan mental sehingga tidak takut dengan undang-undang.
“Kalau fitrah itu tadi dah dilanggar maknanya memecah tradisi, maksudnya ada masalah mental, pemikiran dia ada satu kerentanan. Perkara ini kalau (melibatkan) seorang dua tak apa, tapi melibatkan angka yang besar.
"Seolah-olah sampai ke hari ini, walaupun ada tangkapan yang dibuat atau dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa, tapi masih ada aktiviti ini di media sosial. Seolah-olah mereka tak takut pun,” katanya kepada Astro AWANI.
Pada masa sama, wujud kebimbangan terhadap penglibatan kaum Melayu beragama Islam yang ramai dalam kegiatan ini.
Justeru, MCCA menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk membangkitkan seruan kepada golongan Melayu Islam untuk memerangi isu maksiat siber terbabit.
“Kalau Jakim dapat main peranan yang serius, dengan mengajak masyarakat bersama membendung atau memerangi isu maksiat siber ini dengan lebih proaktif, saya rasa mungkin ada seruan yang perlu pihak Jakim usahakan untuk membendungnya,” katanya.
Bagi mendapatkan reaksi berhubung perkara itu, Astro AWANI mengajukan gesaan MCCA itu kepada pihak Jakim.
Menangani secara kolektif
Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (Jakim), Dr. Mohd Izwan Md Yusof berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk NGO dan agensi kerajaan yang lain dalam menyelesaikan masalah sosial berkenaan.
“Kami sangat mengalu-alukan dan terbuka bagi mana-mana pihak, NGO seperti MCCA dan juga peringkat masyarakat sendiri seperti komuniti untuk berkerjasama rapat dengan kami dalam memerangi isu ini. Kami memahami bahawasanya isu ini perlu ditangani secara kolektif," ujar beliau.
Tambahnya lagi, pihak Jakim mengakui kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh agensi lain dan NGO dalam bersama merangka strategi memerangi maksiat siber.
Ditanya berkenaan usaha sedia ada Jakim untuk memerangai kegiatan tidak bemoral itu, beliau berkata ketika ini Jakim sedang bekerjasama dengan beberapa agensi dan kementerian di bawah satu jawatankuasa khas untuk memantau perkara berkenaan.
“Buat masa ini di peringkat Jakim, kami bersama dengan beberapa agensi di bawah satu platform Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) yang terdapat jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
"Ia melibatkan beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa kementerian yang lain.
"Platform ini kami membincangkan isu sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu Islam ,” katanya.
Selamatkan generasi kita... Buat laporan!
Selain itu, Jakim juga memohon masyarakat di luar sana untuk menghormati prosedur yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat laporan jika terdapat kandungan yang tidak bermoral ditemui di media sosial.
“Berhubung tentang aduan dan laporan, saya kira itu prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM. Kita hormati apa yang telah diletakkan dalam prosedur itu. Tinggal lagi tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat yang mesti ada kesedaran.
"Isu ini mungkin berlaku dalam kalangan ahli keluarga kita, anak-anak kita... kitalah yang mesti ke depan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya lagi.
Justeru, penyelesaian isu berkenaan menuntut kerjasama masyarakat untuk melaporkan kegiatan tidak bermoral seumpamanya kepada pihak berkuasa secara proaktif.
Oleh itu, mainkan tanggungjawab anda.
Bantu bendung maksiat digital agar generasi masa kini dan akan datang tidak lagi menormalisasi 'penggadaian moral'.
Fahmi Izuddin
Wed Mar 06 2024
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA. - Gambar hiasan
32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di China
Seramai 32 pelajar TVET akan dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam advanced electric vehicle (EV).
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.
Hayati prinsip dalam memupuk keharmonian
Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
PM anwar mahu ayat lain digunakan, ganti perkataan toleransi
Sebaliknya, beliau mahu Kementerian Perpaduan menggunakan ayat “semangat perpaduan ke arah kasih sayang, saling hormat-menghormati sesama insan”.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Negara luar memandang tinggi dan memuliakan Malaysia bukan hanya kerana ekonomi negara melonjak namun juga kerana kestabilan politik dan perpaduan rakyatnya.
Jadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan, bukan perpecahan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, rakyat seharusnya menjadikan perbezaan itu sebagai kelebihan, sekali gus menjadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia.
[TERKINI] Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan kerusi Isnin ini
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Isnin ini.
Tumpuan Ahad – 26 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem
Kedua-dua presiden membincangkan situasi kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza.
Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Malaysia sebuah negara hebat dan perpaduan itu merupakan salah satu faktor negara ini dipandang tinggi negara lain.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Fantasi 'Darkside' media sosial, demi wang ringgit sanggup gadai moral
Antara punca pembabitan dalam dunia akaun Darkside itu adalah disebabkan ketagihan pornografi sejak di bangku sekolah.