awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS dedah pelan ‘Gaza Baharu’ dengan pencakar langit
Tiga maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di New South Wales, Australia
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar

Asyraf Malik
Asyraf Malik
22/01/2026
22:50 MYT
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
Tanpa jaminan perlindungan yang jelas dan berkesan kepada pemberi maklumat, usaha membanteras rasuah berprofil tinggi akan terus berdepan kekangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perlindungan terhadap pemberi maklumat atau whistleblower perlu diperkasa secara menyeluruh bagi memastikan gejala rasuah, khususnya melibatkan pentadbiran kerajaan dan sektor keselamatan, dapat dibanteras dengan lebih berkesan.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governans Malaysia, Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, kelemahan sistem pelaporan serta kepincangan perlindungan whistleblower menyumbang kepada rasuah terus berakar umbi kerana pegawai dalaman takut melaporkan salah laku.
“Di negara kita, whistleblower ini sering dilabel sebagai orang jahat, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah demi melindungi organisasi dan negara. Keadaan ini menyebabkan pegawai dalaman menjadi takut dan akhirnya memilih untuk berdiam diri,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Khamis
Menurut Akhbar, masalah menjadi lebih serius apabila pihak yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap laporan salah laku berada pada hierarki sama, atau lebih membimbangkan, ketua sendiri terlibat dalam perbuatan rasuah.
“Apabila bos sendiri terlibat, kepada siapa lagi pegawai bawahan mahu melapor? Inilah yang melemahkan sistem whistleblower dan akhirnya merugikan negara,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan integriti dan pendirian moral pemimpin tertinggi organisasi memainkan peranan kritikal dalam memastikan sistem pelaporan dalaman berfungsi secara optimum.
“Segalanya bermula daripada orang nombor satu. Jika ketua itu tegas membanteras rasuah, menunjukkan contoh yang baik dan melindungi mereka yang melapor, bermakna budaya integriti dapat dibina,” katanya.
Mengulas lanjut, Akhbar turut mencadangkan supaya penilaian latar belakang dilakukan dengan lebih teliti sebelum pelantikan ke jawatan tertinggi.
Selain pelaksanaan penggiliran jawatan dan pengawasan berterusan bagi mengelakkan wujudnya ketepuan serta ‘perlindungan dalaman’ terhadap salah laku.
Beliau menegaskan, tanpa jaminan perlindungan yang jelas dan berkesan kepada pemberi maklumat, usaha membanteras rasuah berprofil tinggi akan terus berdepan kekangan.
Topic Berkaitan
#whistleblower
#pemberi maklumat
#gejala rasuah
#laporan salah laku
#integriti pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan