SEMUA orang pun tahulah sekarang bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu — dalam fail Kementerian Dalam Negeri (KDN) — adalah seorang pengikut fahaman Syiah. Tetapi pengesahan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pada Khamis bukanlah jawapan kepada teka-teki yang dilemparkan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enam hari sebelumnya.
Pengesahan itu sebaliknya menimbulkan beberapa teka-teki yang lain dan selebihnya permasalahan besar tentang politik di negara ini, khususnya politik orang Melayu.
Sejak lewat petang semalam, orang meneliti 10 dalil yang dikemukakan oleh KDN untuk mengesahkan bahawa Mat Sabu seorang Syiah. 10 dalil itu, secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1. Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepemimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini"’dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.
2. Mat Sabu menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011.
3. Mat Sabu menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan ketika mengulas perutusan kepada penganut Kristian di negara ini sempena Hari Krismas tahun 2008.
4. Temu ramah oleh agensi berita Antara Pos dengan Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali menjelaskan bahawa Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan diri beliau mempunyai kaitan dengan Syiah.
5. Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Saiyyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali. (Editor: Saiyyid Hassan Nasrullah adalah Setiausaha Agung Hizbullah)
6. Mat Sabu melawat sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011 serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.
7. Mat Sabu beberapa kali menghadiri majlis pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.
8. Kenyataan sahabat Mat Sabu C.N Afghani dalam temu ramah dengan pegawai kementerian, Zamihan Mat Zin di Masjid Jamek Kuala Lumpur pada 9 Disember 2012 bahawa Mat Sabu kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.
9. Kenyataan Dr. Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember 2012 dalam temu ramah juga dengan Zamihan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005.
10. Kenyataan Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah yang mengatakan pernah melihat Mat Sabu menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu leper di tempat sujud — amalan yang sinonim dengan golongan Syiah.
Inilah kali pertama dalil-dalil itu diangkat secara rasmi ke tengah khalayak dan oleh sumber yang rasmi juga; sebelum ini, orang hanya berbisik-bisik tentang Syiahnya Mat Sabu. Orang bertanya-tanya: bolehkah semua 10 dalil itu dipercayai? Bolehkah fakta atau maklumat itu mensabitkan tuduhan bahawa Mat Sabu menganut fahaman Syiah?
Percaya atau tidaknya orang terhadap tuduhan ke atas Mat Sabu itu hanya bergantung kepada 10 perkara yang disebut oleh Ketua Setiausaha KDN — tak lebih, tak kurang. Ketua Setiausaha KDN itu pun dalam sidang medianya tidak menerima soalan wartawan. Makanya, tidak ada penjelasan yang dapat mereka tanya.
Pendedahan 10 dalil Mat Sabu Syiah ini adalah kemuncak daripada isu ancaman Syiah yang semakin kuat disuarakan sejak beberapa bulan yang lalu terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Kebimbangan terhadap ancaman itu sebenarnya sudah disuarakan sejak bertahun-tahun. Tetapi suara itu tenggelam timbul — riuhnya sekejap-sekejap, bermusim-musim.
Kalau kita patah balik melihat ke belakang, fatwa menghukum fahaman Syiah sesat di negara ini dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 5 Mei 1996. Tetapi baru dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini saja ada riuh rendah yang luar biasa melawan fahaman Syiah. Perlawanan itu jadi popular sekarang kerana yang dituduh Syiah ialah pemimpin sebuah parti politik utama.
Di sinilah timbulnya beberapa tanda tanya: Isu ini soal keselamatan rakyat, keselamatan akidah atau keselamatan politik? Sekiranya Syiah itu berbahaya dan Mat Sabu dikenal pasti terlibat dengan pengajian Syiah pada 2011 dan lebih awal daripada itu mengamalkan amalan fahaman Syiah iaitu dengan berselawat cara Syiah pada 2005, kenapa baru sekarang pecah berita bahawa Mat Sabu Syiah? Bukankah orang seperti Mat Sabu ini sepatutnya ditangkap sudah lama dahulu, apatah lagi dia orang berpengaruh yang mempunyai kemahiran pidato yang luar biasa?
Selebihnya, ada juga beberapa soalan yang ditanyakan oleh banyak orang — soalan yang bunyinya tidak serius tetapi perlu dijawab dengan serius oleh kerajaan: Kenapa kita masih ada hubungan dengan Iran khususnya yang mengamalkan Syiah? Mat Sabu itu komunis atau Syiah, atau sebenarnya komunis yang Syiah atau Syiah yang komunis? Hanya setahun dua yang lepas, dia dituduh dalang di sebalik fahaman komunis kerana mengangkat naratif alternatif tentang perjuangan kemerdekaan yang melibatkan tokoh-tokoh Melayu kiri.
Terlepas daripada semua persoalan itu, ada satu masalah besar tentang politik di negara ini khususnya politik orang Melayu. Permasalahannya ialah cara politik orang Melayu yang terperangkap dalam persoalan siapa yang lebih Islam. Dari tahun ke tahun, dari pilihan raya ke pilihan raya, isunya mungkin berbeza tetapi dasar naratif politik Melayu — selain soal ketuanan Melayu — ialah agama Islam.
Salah satu tanggapan di kalangan parti politik yang mewakili orang Melayu — yang kerana Perlembagaan Persekutuan secara automatik menganut agama Islam, sokongan politik terhadap mereka sedikit sebanyak bergantung kepada sejauh mana Islamnya parti politik itu.
Maka berlumba-lumbalah parti politik bersaing untuk jadi lebih Islam. Kita pun mendengarlah pekik sorak siapa bina masjid lebih banyak. Kita pun mendengarlah cerita tentang siapa yang mendaulatkan Islam di negara ini. Kita pun diajak mencongak siapa yang menganjurkan program keagamaan yang lebih banyak.
Dalam politik orang Melayu, tidak ada cerita soal mengisi makna demokrasi. Dalam politik orang Melayu, tidak ada siapa yang peduli kalau penguasa atau pemodal mengongkong media untuk kepentingan kuasa atau perniagaan. Dalam politik orang Melayu, tidak banyak orang yang mahu menggerakkan pengikutnya untuk hal-hal yang mencerdikkan bangsa berbanding perkara-perkara yang membodohkan diri sendiri.
Akhirnya, tanpa sedar, dari tahun ke tahun, dari pilihan raya ke pilihan raya, kita bukan saja terperangkap tetapi kita makin terbelit dengan politik agama ini.
_______________
Nota kaki:
1. Cadangan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberi takrifan kepada Islam iaitu pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang dibangkitkan semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bukan perkara baru. Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan isu Syiah pada 5 Mei 1996 telah menyokong dan menerima cadangan supaya Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri dipinda bagi memberikan maksud yang sama.
Noor Azam Shairi
Fri Dec 13 2013
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.