WASHINGTON: Penyanyi terkenal sepanjang zaman kelahiran Amerika Syarikat, Dionne Warwick, ahli kumpulan Bee Gees, Barry Gibb dan ikon muzik rap, Queen Latifah diberi penghormatan tertingi dalam bidang seni di Kennedy Center Honors pada Ahad.
Turut menerima pengiktirafan tersebut termasuk pelakon komedi, Billy Crystal dan bintang Opera, Renée Fleming.
Penghormatan itu dimulakan dengan Warwick, 82, yang merupakan bintang muzik pop sejak 1960-an dan telah menjual lebih 100 juta rekod sepanjang enam dekad penglibatan seninya.
Warwick, yang sudah menghasilkan 70 album secara keseluruhan terkenal dengan lagu hits seperti "I'll Never Love This Way Again" dan "That's What Friends Are for" gandingan bersama Gladys Knight, Elton John dan Stevie Wonder.
Sementara itu, pelopor penyanyi rap wanita yang juga pelakon terkenal dari era 90-an, Queen Latifah turut menerima penghormatan sama.
Pemenang Anugerah Grammy kategori Persembahan Rap Solo Terbaik pada tahun 1994 itu menjadi penyanyi rap wanita yang pertama diberi pengiktirafan tersebut.
Sementara itu, ahli kumpulan pop popular lewat 1960-an Bee Gees, Barry Gibb turut diraikan dengan penganugerahan pencapaian seni sepanjang hayat.
Gibb, 77, meniti populariti sebagai sebahagian daripada trio Bee Gees yang turut dianggotai oleh mendiang kedua-dua abangnya.
Antara lagu 'malar segar' trio itu termasuk Stayin' Alive dan 'How Deep Is Your Love'.
Bee Gees juga menjadi salah satu kumpulan muzik paling berjaya sepanjang zaman, apabila anggaran jualan album mereka berjumlah 220 juta unit.
Anugerah Kennedy mengiktiraf individu dalam bidang seni atas sumbangan seumur hidup mereka kepada pembudayaan Amerika Syarikat.
Mereka yang menerima penghormatan merupakan penggiat seni yang telah memberi impak besar kepada dunia muzik, tarian, teater, opera dan seni persembahan yang lain.
Para penerima anugerah diraikan melalui beberapa acara, termasuk persembahan gala yang menampilkan penghormatan dan persembahan oleh pelbagai artis.
Anugerah Kennedy 2023 berlangsung di Pusat Opera House Kennedy di Washington dan dihoskan oleh penyanyi dan pelakon popular Amerika, Gloria Estefan pada 3 Disember 2023.
Fahmi Izuddin
Tue Dec 05 2023
Dari kiri (atas) Queen Latifah, Barry Gib. Dari Kiri (bawah) Renée Fleming, Billy Crystal, Dionne Warwick. - Foto agensi
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dionne Warwick, Barry Gibb dan Queen Latifah terima pengiktirafan tertinggi Anugerah Kennedy 2023
Penyanyi terkenal sepanjang zaman kelahiran Amerika Syarikat, Dionne Warwick, ahli kumpulan Bee Gees, Barry Gibb dan ikon muzik rap, Queen Latifah diberi penghormatan tertingi dalam bidang seni.