awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Borneo utamakan penambahbaikan sistem - Lee
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DIPN: Langkah berdikari tapi jangan sampai jadi projek 'gajah putih' - Penganalisis

Khalis Khadir
Khalis Khadir
21/01/2026
12:00 MYT
DIPN: Langkah berdikari tapi jangan sampai jadi projek 'gajah putih' - Penganalisis
Anwar menunjukkan buku DIPN semasa majlis peluncuran dasar berkenaan di MITEC, Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) disifatkan sebagai satu gagasan hebat, namun pelaksanaannya perlu diurus dengan teliti agar tidak berakhir sebagai projek ‘gajah putih’.

Ringkasan AI
  • Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) perlu diurus dengan teliti untuk elakkan daripada menjadi projek 'gajah putih'.
  • Pensyarah UPNM menegaskan keperluan membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan secara berterusan.
  • DIPN mencerminkan usaha Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada negara Barat dalam teknologi ketenteraan, dengan potensi untuk menjadi sumber kekayaan baharu negara.

Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam berkata, idea memperkasa industri pertahanan melalui tenaga tempatan adalah langkah tepat, tetapi keupayaan yang mencukupi perlu dibina seiring pelaksanaannya.
“Saya perlu mengingatkan kepada kerajaan dan mencadangkan agar memastikan keupayaan itu dalam keadaan terbaik. Kita tidak mahu ia terjadi dalam beberapa industri yang kita cuba bangunkan sebelum ini, seperti kapal yang tidak tahu ke mana, rosak… hampir gagal tapi cuba diselamatkan. Maka keupayaan itu harus diambil perhatian yang cukup jelas,” katanya di sini, hari ini.
Jelasnya, dasar berkenaan juga mencerminkan usaha Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada negara Barat dalam pembangunan teknologi ketenteraan.
Mengulas potensi ekonomi, beliau berkata, industri pertahanan boleh menjadi sumber kekayaan baharu negara dan mengangkat Malaysia sebagai pengeluar teknologi bernilai tinggi sekiranya ia berjaya dilaksana tanpa terpalit isu rasuah.
“Kita harus tahu dalam industri pertahanan ini, bukan sahaja di Malaysia, di mana-mana dunia, ia adalah satu industri yang besar dan melibatkan kontrak tender yang banyak. Jika tidak berhati-hati dalam tawaran kepada syarikat-syarikat industri, ia akan jadi projek gajah putih,” ujarnya.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan DIPN yang merupakan langkah baharu dalam memperkukuh keselamatan negara, memulihkan keyakinan terhadap sektor pertahanan dan membina keupayaan industri tempatan lebih berintegriti.
Menurut Anwar, dasar yang sekian lama tertangguh itu kini dilaksanakan selaras dengan tuntutan masa dan keperluan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Topic Berkaitan
#DIPN
#Angkatan Tentera Malaysia
#Rasuah
#tuntutan masa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan