Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra

PUTRAJAYA, 22 Julai -- Rakaman gambar logo Wisma Putra ketika tinjauan selepas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Bangladesh, di Wisma Putra, hari ini.  Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  --foto
Seramai 649 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat susulan peningkatan konflik di rantau tersebut.

KUALA LUMPUR: Seramai 649 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat susulan peningkatan konflik di rantau tersebut, menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Kementerian dalam dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 7 Mac 2026, jam 6 petang, seramai 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar melalui sistem e-Konsular bagi membolehkan pihak kerajaan memantau kedudukan mereka di kawasan terjejas.

Advertisement

"Usaha semasa tertumpu kepada membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan perjalanan serta memudahcara kepulangan mereka melalui penerbangan komersial yang masih tersedia," katanya

Dalam pada itu, Jemaah Menteri turut meluluskan pelan evakuasi kontingensi sekiranya situasi keselamatan di rantau tersebut bertambah buruk.

Antara negara yang terlibat dalam operasi penyelarasan evakuasi termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman dan Turkiye dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta syarikat penerbangan.

Di Arab Saudi, seramai 243 rakyat Malaysia masih terkandas, kebanyakannya terdiri daripada jemaah umrah, manakala di UAE pula 176 rakyat Malaysia masih berada dalam senarai aktif bantuan di Dubai dan 25 lagi di Abu Dhabi.

Sementara itu di Oman, jumlah rakyat Malaysia yang terkandas menurun daripada 190 kepada lima orang selepas beberapa penerbangan pulang berjaya diselaraskan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Kementerian turut memaklumkan sekatan ruang udara di beberapa kawasan seperti Iraq serta gangguan operasi penerbangan di Qatar terus memberi kesan kepada perjalanan di rantau tersebut.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia di kawasan terjejas digesa mendaftar serta mengemas kini maklumat melalui sistem e-Konsular bagi memudahkan penyelarasan bantuan konsular dan operasi evakuasi.

Must Watch Video