Skip to main content

Dunia

Israel terus tutup kompleks Masjid Al-Aqsa lapan hari berturut-turut

A drone view shows the Dome of the Rock on Al-Aqsa compound, also known to Jews as the Temple Mount as Muslim worshippers are no longer permitted to attend Friday prayers during the Muslim holy fasting month of Ramadan following restrictions on gathering in large groups, amid the U.S.-Israel conflict with Iran, in Jerusalem's Old City, March 6, 2026. REUTERS/Ilan Rosenberg TPX IMAGES OF THE DAY
Tentera Israel menutup kompleks Masjid Al-Aqsa pada pagi Sabtu lepas, memaksa jemaah meninggalkan kawasan masjid serta menghalang mereka daripada menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih. - Foto REUTERS

BAITULMUQQADIS: Pihak berkuasa Israel meneruskan penutupan kompleks Masjid Al-Aqsa untuk lapan hari berturut-turut, lapor Agensi Berita dan Penerangan  Palestin (WAFA).

Tentera Israel menutup kompleks itu pada pagi Sabtu lepas, memaksa jemaah meninggalkan kawasan masjid serta menghalang mereka daripada menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih.

Advertisement

Tindakan itu berlaku serentak dengan penutupan yang dikenakan di Tebing Barat beberapa jam selepas serangan besar-besaran dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.

Pada Jumaat,  bagi minggu ketiga berturut-turut,  jemaah turut dihalang daripada menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Israel jarang melaksanakan penutupan penuh Masjid Al-Aqsa melalui keputusan rasmi pada Jumaat dan tindakan sedemikian hanya dilakukan lima kali sejak pendudukan Baitulmuqqadis pada 1967.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video