awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disaji tarian ghairah wanita asing, pub di Subang Jaya diserbu

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2019
23:19 MYT
Disaji tarian ghairah wanita asing, pub di Subang Jaya diserbu
Operasi tersebut berjaya menahan tujuh GRO warga asing Thailand dan Filipina. - Gambar Astro AWANI
Masih tidak serik menggunakan wanita warga asing untuk memancing pelanggan, sebuah pub di Subang Jaya, Selangor sekali lagi diserbu polis.
Ketika serbuan jam 11.30 malam Jumaat oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu kebanyakan pelanggan dikatakan sedang enak disajikan tarian ghairah GRO warga asing berkenaan.
Operasi ‘Ops Noda’ yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Selangor DSP Azmi Syukor bersama dua pegawai dan lima anggota itu juga berjaya menahan tujuh GRO warga asing Thailand dan Filipina.
Pemeriksaan di premis berkenaan menemui dua pekerja warga Bangladesh bersembunyi di dapur.
Menurut Azmi, mereka didapati tidak memiliki permit kerja sah.
Selain itu, katanya polis turut memeriksa 30 pelanggan yang berkunjung ke pub tersebut termasuk seorang penjaga premis warga tempatan.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#GRO warga asing
#IPD Subang Jaya
#IPK Selangor
#Ops Noda
#tarian ghairah
#wanita warga asing
#warga asing Filipina
#warga asing Thailand
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan