awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka monyet, lelaki cedera ditembak rakan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/09/2023
01:00 MYT
Disangka monyet, lelaki cedera ditembak rakan
Polis telah merampas selaras senapang patah dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. - Foto PDRM
KEMAMAN: Seorang lelaki cedera selepas ditembak rakannya selepas disangkakan seekor monyet dalam kejadian di Kerteh, di sini, pada Selasa.
Insiden kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa berumur 54 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri selepas terkena peluru penabur rakannya itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa sedang memanjat pokok manggis di dalam kebun miliknya.
Katanya, suspek berusia 69 tahun datang ke kebun mangsa dengan membawa selaras senapang patah.
Hanyan berkata, melihat pokok manggis itu bergoyang dan menyangkakan ada sekawan monyet, suspek bertindak melepaskan tembakan.
Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.
Jelasnya lagi pihaknya telah merampas selaras senapang patah dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang permit serta lesen pemilikan senjata api.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 dan 37 Akta Senjata Api 1990.
Topic Berkaitan
#monyet
#cedera ditembak
#pokok manggis
#senapang patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan