Diskaun kadar tol dan rebat akan diberi kepada pengguna di 24 lebuh raya sempena perayaan Tahun Baru Cina .

Pengguna juga boleh menikmati diskaun antara lima hingga 37.5 peratus bermula 7 hingga 15 Februari.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di lebuh raya kendalian Plus Berhad, pengguna kelas satu dengan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat sebanyak 20 peratus pada 7 dan 15 Februari.

Mereka juga diberikan rebat 30 peratus pada 10 Feb.

Sementara itu pengguna lebuh raya lain mendapat diskaun tol antara 15 hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Februari.

Bermula hari Jumaat sehinggalah 17 haribulan atau hari Ahad akan datang bagi memudahkan pengguna-pengguna lebuh raya menggunakan lebuh raya lebih selesa.

Bagaimanapun, tiga lebuh raya tidak menawarkan diskaun berkenaan iaitu jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR).

Beliau juga meminta pihak berkaitan menghentikan kerja pembinaan di lebuhraya bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas bermula 8 Februari.

Shaziman ditemui selepas melawat kerja pelebaran lorong ke empat di R & R Seremban menghala ke selatan.