BATU KAWAN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun tol sebanyak 30 peratus kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) sempena Aidilfitri ini.
JKSB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemberian diskaun itu akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad).
Pemberian diskaun itu juga akan diberikan bermula jam 12 tengah malam, 7 Mei hingga 11.59 malam pada 8 Mei 2022.
“Inisiatif yang diumumkan kerajaan ini disokong JKSB dalam usaha mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya”.
"JSAHMS merupakan pilihan untuk pengguna keluar masuk dari atau ke bahagian pulau dan merupakan 'direct dual carriageway' yang menghubungkan Batu Kawan secara terus kepada bahagian utama pulau dan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas” katanya.
Menurut JKSB, pengguna akan sampai ke kawasan yang dinyatakan di atas dengan lebih mudah tanpa perlu menempuh kesesakan yang serius.
“Tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS adalah alternatif terbaik," katanya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1300-30-2828 atau emel di [email protected] atau layari www.jambatankedua.com.my atau layari Twitter: @jsahmsofficial untuk mendapatkan maklumat berhubung keadaan trafik.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Apr 27 2022
Pemberian diskaun itu akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad). - Foto JKSB
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Aliran trafik di WCE lancar, kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari
Peningkatan trafik juga dijangka bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Bayar tol guna kad debit, kredit di 12 lebuh raya bermula September - Alexander
Pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit, kredit bermula September, berikutan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan dilaksana di 12 lebuhraya secara berperingkat.
12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.
Tol percuma dua hari kurangkan kesesakan, jimat perbelanjaan - Penggguna
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.
Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.
Dua maut, dua cedera kereta terbabas di plaza tol
Pihak BBP Iskandar Puteri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.36 pagi.
Lebuhraya DASH: Pengguna teruja, harap harga tol dikenakan berpatutan
Ramai bersetuju DASH yang dibuka bermula 12.01 tengah malam Jumaat lepas menyingkatkan masa perjalanan dari beberapa lokasi.
Kredit ePemula dalam Touch 'n Go tidak boleh diguna bayar tol - PLUS
PLUS menggesa semua pengguna RFID menambah nilai TNG eWallet untuk mengekalkan baki yang mencukupi.