KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan terutama bidang profesional penting dalam memacu kemajuan negara, namun cabaran seperti isu diskriminasi di tempat kerja dan komitmen keluarga yang tinggi melibatkan golongan itu perlu diatasi bagi memastikan mereka kekal dalam kerjaya.
Bagi Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh, representasi wanita yang saksama di tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti pasukan dan membawa lebih banyak keuntungan kepada sesuatu syarikat mahupun industri.
"Wanita berpendidikan tinggi adalah aset pelaburan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Negara akan mengalami kerugian apabila modal yang dilaburkan dalam bentuk pendidikan kepada wanita tidak disalurkan dengan penglibatan kerjaya.
"Perubahan paradigma terhadap diskriminasi wanita di tempat kerja perlu berubah. Ini boleh dilihat dari segi pemberian kadar gaji, jawatan dan sebagainya bagi memastikan wanita yang mempunyai profesionalisme ini tidak meninggalkan kerjaya mereka, sekali gus menarik minat golongan wanita baharu yang ingin bekerjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas program Darah Muda bertajuk 'Profesional Wanita, Hilang Dari Radar?' terbitan Bernama TV.
Wan Izzana berkata penglibatan golongan wanita dalam sektor ekonomi gig juga dilihat penting bagi membantu golongan wanita seperti ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesara menjana pendapatan secara fleksibel.
"Industri gig ini perlu diperluaskan dalam kalangan golongan wanita atau sesiapa yang mempunyai komitmen keluarga yang tinggi. Di MDEC, kami menyedari kepentingan untuk kembangkan ekonomi gig ini dan pihak MDEC telah memperkenalkan pelbagai insiaitif untuk merealisasikannya.
"Program seperti Global Online Workforce (GLOW) yang dilaksanakan pada 2020, kini telah memanfaatkan sehingga 10,000 freelancer di Malaysia dengan menawarkan latihan dan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman. Saya berharap wanita di luar sana dapat ceburi bidang ekonomi gig," katanya.
Beliau berkata pelbagai peluang ditawarkan oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan industri tempatan yang mampu meningkatkan profesionalisme golongan wanita di dalam negara namun, hebahan secara berkesan perlu dilaksanakan secara menyeluruh.
Wan Izzana berpandangan bahawa berkongsi tanggungjawab menjaga keharmonian serta peranan dalam sesebuah keluarga perlu dilaksanakan bersama antara pasangan bagi memastikan golongan wanita yang bekerjaya tidak terbeban.
"Tanggungjawab terhadap keluarga dan tekanan di tempat kerja menyebabkan ramai wanita bekerjaya memilih untuk meninggalkan profesion mereka khususnya apabila negara kini berhadapan detik mencabar iaitu fasa pasca-COVID-19.
"Maka peranan menjaga keluarga seperti hantar anak ke tadika, memasak dan mengemas rumah perlu dilakukan bersama (suami dan isteri). Paradigma minda di takuk lama terhadap peranan gender perlu diubah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
WAN IZZANA: Negara akan mengalami kerugian apabila modal yang dilaburkan dalam bentuk pendidikan kepada wanita tidak disalurkan dengan penglibatan kerjaya. --fotoBERNAMA
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Diskriminasi tempat kerja, komitmen keluarga cabaran utama wanita kekal dalam kerjaya
Representasi wanita yang saksama di tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti pasukan dan membawa lebih banyak keuntungan.