awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25,000 pelatih bakal terima manfaat menerusi LiKES - Ramanan
[TERKINI] Tun Mahathir dalam keadaan baik - Marina
SPRM reman seorang pengarah IPTA disyaki salah guna kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditegur Jabatan Perikanan, MBSP ambil langkah pastikan ikan keli tidak keluar kolam

Bernama
Bernama
07/10/2025
09:00 MYT
Ditegur Jabatan Perikanan, MBSP ambil langkah pastikan ikan keli tidak keluar kolam
MBSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pelepasan itu untuk menarik penyertaan dan melibatkan 150 ekor ikan keli, bukan 350 kilogram seperti dilaporkan. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memaklumkan pelepasan ikan keli sempena Pertandingan Memancing Hari Bandaraya pada 20 Sept bukan aktiviti penternakan atau pelepasan kekal.
MBSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pelepasan itu untuk menarik penyertaan dan melibatkan 150 ekor ikan keli, bukan 350 kilogram seperti dilaporkan.
"Sepanjang pertandingan, sebanyak 113 ekor atau 75 peratus berjaya dinaikkan dan tidak dilepaskan semula ke kolam, sebaliknya diberikan kepada orang awam dan peserta.
"Sebagai langkah kawalan tambahan, jaring dipasang di setiap pintu masuk dan keluar air bagi memastikan tiada ikan keluar dari kolam tadahan MBSP ke sungai berhampiran," menurut kenyataan itu.
MBSP memaklumkan Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah melawat lokasi pertandingan, Kolam Tekoma di sini pada 3 Okt untuk memberi penjelasan dan pendidikan mengenai kepentingan memelihara spesies ikan tempatan.
Jabatan Perikanan juga menyarankan penganjuran program seperti itu melibatkan jabatan sebagai rakan strategik bagi memastikan pelaksanaan aktiviti memancing dan pelepasan ikan adalah teratur, terkawal serta mematuhi peraturan ditetapkan.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang Zarina Zainuddin kesal dengan insiden pelepasan ikan asing iaitu keli Afrika ketika penganjuran pertandingan memancing itu kerana garis panduan jabatan hanya membenarkan spesies ikan asli dilepaskan ke perairan umum.
Zarina berkata pelepasan ikan asing atau bukan asli dilarang sama sekali kerana berisiko mengganggu keseimbangan biodiversiti, menjejaskan habitat dan mengancam populasi ikan asli melalui persaingan dan pemangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbsp
#ikan keli
#pertandingan memancing
#ikan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan