awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan

Bernama
Bernama
25/01/2025
14:15 MYT
DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Adnan berkata pemakaian pakaian berlogo DOF oleh individu tersebut adalah bertujuan mengelirukan pihak penguatkuasaan negara. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, termasuk 12 warga Bangladesh yang baru-baru ini ditahan, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata pemakaian pakaian berlogo DOF oleh individu tersebut adalah bertujuan mengelirukan pihak penguatkuasaan negara.
"Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan imej jabatan, malah boleh menggugat integriti dan kredibiliti institusi kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai agar berhati-hati dengan pihak yang menyalahgunakan nama atau identiti jabatan untuk kepentingan tertentu.
Katanya sebarang maklumat yang mencurigakan boleh dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak penguatkuasaan dan memastikan langkah-langkah proaktif diambil bagi mencegah insiden seperti ini daripada berulang pada masa akan datang," katanya.
Adnan turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas kejayaan operasi menahan individu-individu tersebut.
"Tindakan pantas dan tegas itu mencerminkan komitmen tinggi pihak penguatkuasaan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.
Sementara itu, JIM hari ini membongkar taktik sekumpulan warga Bangladesh menyamar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia.
Dilaporkan seramai 12 lelaki yang berpakaian seragam telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat lepas.
Kesemua individu terbabit mendakwa kedatangan mereka ke negara ini untuk tujuan lawatan sambil belajar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia dan turut mengemukakan surat jemputan daripada sebuah syarikat yang beralamat di Kuching, Sarawak.
Namun semakan lanjut mendapati surat jemputan tersebut disahkan tidak wujud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#KLIA
#Jabatan Perikanan Malaysia
#integriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan