NATIONAL
Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga

Doktor pakar forensik yang direman kali kedua pada minggu lalu bagi membantu kes berkelakuan tidak senonoh dengan seorang pesakit wanita ditahan sekali lagi pada Isnin. -Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit Khamis lepas, ditahan semula hari ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya.
Ringkasan AI
- Seorang doktor perubatan ditahan semula untuk melengkapkan siasatan selepas laporan polis ketiga dibuat terhadapnya.
- Doktor itu disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita di hospital dan klinik swasta.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
"Doktor itu akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan terhadapnya selesai. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini pada 9.30 malam 26 Feb, selepas menerima maklumat daripada pihak hospital. Suspek direman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Mac.
Bagaimanapun suspek ditahan semula Khamis lepas, selepas disyaki melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pesakit wanita di sebuah klinik swasta di Pulau Tikus pada 2023, dan polis memperoleh perintah reman hingga hari ini.
Jumaat lepas seorang wanita warga asing membuat laporan polis mendakwa suspek memperdayakannya untuk membuka pakaian ketika melakukan pemeriksaan jantung di hospital tempat doktor itu bertugas pada 20 Feb.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami