JITRA: Dokumen laporan khas berkaitan impak bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri penghujung tahun lalu, dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, ketika ini hasil soal selidik melibatkan impak kejadian banjir yang melibatkan 50 daerah di seluruh negara, berada pada peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada pihak kerajaan.
Tambahnya, berdasarkan dapatan awal berhubung kerugian yang dialami dari bencana banjir itu dianggarkan mencecah sehingga RM6.5 bilion.
Ia merangkumi kerugian aset dan infrastruktur awam iaitu sebanyak RM2 bilion, tempat kediaman (RM1.4 bilion), kerosakan kenderaan (RM1.3 bilion), sektor pembuatan (RM1 bilion), kerosakan premis perniagaan (RM600 juta) serta sektor pertanian (RM49.9 juta).
"Kita telah nyatakan kesan kepada kemusnahan dianggarkan lebih kurang maksimum dalam RM6.4 billion, dan ia akan memberi kesan kepada lebih kurang 0.3 peratus kepada nilai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nominal negara, tetapi saya yakin dalam konteks kesan impak banjir kepada ekonomi mungkin sangat minimum sebab tempat limpahan air yang banyak kita lihat (adalah) di kawasan perumahan.
"Insya-Allah ia tidak akan sebabkan peningkatan dalam pengangguran dan saya jangka masing-masing menunggu kita punya kedudukan pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2022," katanya ketika ditemui media selepas Sesi Bersama Komuniti di Kampung Wang Tepus, Jitra pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Mohd Uzir menyatakan bahawa sikap tolong menolong melibatkan semua agensi dan seluruh rakyat Malaysia menggambarkan negara ini sedang bergerak ke fasa sebagai sebuah negara maju.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob ketika memberikan penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan sejumlah RM125.5 juta telah disalurkan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada negeri-negeri terjejas akibat banjir, setakat semalam.
Menurutnya, peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jan 20 2022

Dokumen laporan khas berkaitan impak bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri penghujung tahun lalu, dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan. - Gambar fail/BERNAMA

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Pemandu treler bawa dokumen keselamatan maut, polis pengiring cedera
Treler tersebut membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Pemuda tinggal kereta, barang peribadi sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang
Mangsa meninggalkan dokumen pengenalan diri bersama geran kereta, kipas angin dan beberapa telefon bimbit dalam kereta Myvi.

Palsukan dokumen: Pengurus syarikat didenda RM6,000, penjara sehari
Tertuduh mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu tuntutan bekalan minyak petrol dan diesel.

PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.

Awas, sindiket penipuan guna nama pegawai LHDN
Sindiket itu menyediakan dua kad nama palsu bagi membolehkan mereka membuat pesanan pembelian peralatan perabot.

Laporan risikan: UMNO Kelantan desak Pas beri penjelasan, buat laporan polis
Badan Perhubungan UMNO Kelantan memohon penjelasan dari Pas berhubung isu pendedahan dari beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat.

Dokumen sementara kanak-kanak tanpa warganegara jamin kelangsungan hidup
Ia akan membantu memberikan akses kepada kemudahan asas terutamanya pendidikan, yang secara tidak langsung menjadi teras hidup.

Sarawak akan sedia dokumen sementara untuk kanak-kanak tanpa taraf warganegara
Ini bagi memudahkan mereka mendapat akses kepada kemudahan asas seperti pendidikan dan kesihatan.

Pelajar hanya mampu lihat dokumen peribadi terbakar
Dia ketika itu baru tiba di pejabat sebelum terdengar bunyi letupan dan melihat api berdekatan wayar pada alat penyaman udara.